Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 7 >> 

1Doa Daud yang dinyanyikan kepada TUHAN tentang Kush, orang Benyamin. Ya Allah, Ya TUHANku, pada-Mu aku bernaung; selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku,

2jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku.

3Ya Allah, Ya TUHANku, jika aku telah melakukan ini dan tanganku bergelumang dosa

4jika aku telah berbuat jahat kepada orang yang baik denganku atau tanpa sebab aku telah merampas milik musuhku

5maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku; biar dia melanyak nyawaku ke tanah dan membuatku tidur dalam debu.

6Bangkitlah, Ya TUHAN, dalam kemarahan-Mu; bangkit melawan keberangan para musuhku. Jagalah, ya Allah Tuhanku; firmankan keadilan.

7Biarlah perhimpunan umat mengelilingi-Mu. Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;

8biar TUHAN menghakimi segala umat. Hakimi aku, Ya TUHAN, berasaskan kebenaranku, berasaskan keikhlasanku, Ya TUHAN Maha Tinggi.

9Ya Allah yang benar, yang menyoroti fikiran dan hati,tamatkan keganasan orang zalim dan pastikan keselamatan orang yang benar.

10Perisaiku Allah Maha Tinggi, yang menyelamatkan orang tulus.

11Allah hakim yang benar, Allah menunjukkan kemurkaan-Nya setiap hari.

12Jika Dia tidak memaafkan, Dia akan mengasah pedang-Nya; Dia akan memasang panah-Nya.

13Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya yang membawa maut; Dia menyediakan anak-anak panah-Nya yang menyala.

14Orang yang menghamilkan kejahatan dan membenihkan kekacauan akan melahirkan kekecewaan.

15Orang yang menggali lubang akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.

16Kekacauan yang disebabkannya akan memantul ke atas dirinya; keganasannya menimpa kepalanya sendiri.

17Aku akan bersyukur kepada TUHAN kerana kebenaran-Nya dan akan menyanyikan pujian bagi nama TUHAN Maha Tinggi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel