Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 75 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu ‘Jangan Musnahkan’. Mazmur Asaf. Sebuah nyanyian. Kami mengucap syukur kepada-Mu, Ya Allah, kami mengucap syukur, kerana hasil kerja-Mu yang menakjubkan; mengisytiharkan bahawa nama-Mu dekat.

2Engkau berkata, ‘Apabila Aku memilih masa yang wajar; aku akan menghakimi dengan adil.

3Bumi dan semua penghuninya dilarutkan, aku memacakkan tiang-tiang cukup teguh.

4Aku telah berfirman kepada orang yang angkuh, “Janganlah melakukan sesuatu dengan cakap besar,” dan kepada orang zalim, “Janganlah mengangkat tanduk.

5Janganlah mengangkat tandukmu tinggi-tinggi; janganlah bercakap dengan bertegang urat leher.”’

6Kerana peninggian tidak datang dari timur atau dari barat ataupun dari selatan.

7Tetapi Allah yang menjadi hakim: Dia menurunkan seseorang dan meninggikan orang lain.

8Kerana di tangan TUHAN ada cawan dan air anggur-Nya merah;sudah cukup dibancuh, lalu Dia menuangkannya sesungguhnya semua orang zalim di bumi akan meneguknya sampai habis setiap titik.

9Tetapi aku akan mengisytiharkannya untuk selama-lamanya; aku akan menyanyikan pujian kepada Allah TUHAN Yakub.

10Semua tanduk orang zalim akan dipotong-Nya, tetapi tanduk orang yang benar akan ditinggikan.



Studi Alkitab dengan AI: Chat dengan Alkitab GPT.

Studi lengkap, silahkan lihat: Alkitab SABDA.
Dengar dan baca Alkitab Karaoke, silahkan kunjungi: Alkitab Karaoke.
Rencana Multimedia Baca Alkitab: BaDeNo.

 <<  Mazmur 75 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Keesaan
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Alkitab GPT
Bantuan
Dual Panel Dual Panel