Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 7 >> 

144,000 dimateraikan

1Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pohon-pohon.

2Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut.

3Malaikat itu berkata, ‘Janganlah rosakkan darat, laut atau pohon-pohon hingga kami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah Tuhan kita.’

4Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluh empat ribu dari semua suku Israel dimateraikan.

5Dari suku Yahuda dua belas ribu, dari suku Ruben dua belas ribu, dari suku Gad dua belas ribu,

6dari suku Asyer dua belas ribu dari suku Naftali dua belas ribu, dari suku Manasye dua belas ribu,

7dari suku Simeon dua belas ribu, dari suku Lewi dua belas ribu, dari suku Isakhar dua belas ribu,

8dari suku Zabulon dua belas ribu, dari suku Yusuf dua belas ribu, dari suku Benyamin dua belas ribu.

Orang ramai berjubah putih

9Selepas itu aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, dari segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.

10Mereka berseru dengan lantang, ‘Penyelamatan ada pada Allah Tuhan kami yang bersemayam di atas takhta dan pada Anak Domba!’

11Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah.

12Mereka berkata, ‘Amin! Segala pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, kehormatan, kuasa dan kebesaran bagi Allah Tuhan kami selama-lamanya! Amin.’

13Salah seorang tua-tua itu bertanya kepadaku, ‘Siapakah yang berjubah putih itu dan dari manakah mereka itu?’

14‘Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,’ sahutku. Dia berkata, ‘Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.

15Maka sekarang, ‘mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan menyembah-Nya siang malam di dalam rumah ibadat-Nya. Dia yang bersemayam di atas takhta akan membentangkan khemah- Nya di atas mereka.

16Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi. Terik matahari atau sesuatu yang amat panas pun tidak akan dapat membakar mereka lagi

17kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi gembala mereka. Dia akan membimbing mereka ke mata air yang membawa hidup, dan Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel