Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 10 >> 

Paulus Membela Pelayanannya

1Aku, Paulus memohon kepada kamu. Orang berkata bahawa aku ini lemah lembut apabila berhadapan dengan kamu, tetapi keras apabila jauh daripada kamu. Dengan kelembutan dan kebaikan hati Kristus, aku memohon

2supaya kamu tidak memaksa aku bersikap keras terhadap kamu apabila aku datang kelak. Aku tahu bahawa aku boleh bersikap keras terhadap orang yang mengatakan bahawa aku bekerja dengan tujuan duniawi.

3Memang benar kami ini hidup di dalam dunia, tetapi perjuangan kami tidak berdasarkan tujuan duniawi.

4Senjata yang kami gunakan dalam perjuangan, bukannya senjata dunia ini, melainkan senjata yang diberikan oleh Allah. Dengan senjata itu kami boleh menghancurkan pertahanan musuh; kami menghapuskan perdebatan

5dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.

6Setelah kamu membuktikan kesetiaan kamu, kami siap menghukum sesiapa pun yang tidak setia.

7Kamu melihat hal-hal secara zahir sahaja. Jika sesiapa mengaku dirinya milik Kristus, hendaklah dia berfikir lagi dan sedar bahawa kami juga milik Kristus seperti dia.

8Aku tidak malu walaupun aku terlalu membanggakan kekuasaan yang sudah diberikan oleh Tuhan kepada kami, kerana kekuasaan itu diberikan untuk membina kamu, bukannya untuk meruntuhkan kamu.

9Aku tidak mahu kamu berfikir bahawa aku menakutkan kamu dengan surat-suratku.

10Ada yang berkata, "Surat-surat Paulus itu keras dan tegas, tetapi apabila dia bersama-sama kita, dia lemah perangainya dan kata-katanya tidak bererti apa-apa!"

11Biarlah orang seperti itu sedar bahawa apabila kami bersama-sama kamu, kami akan bertindak seperti apa yang kami tulis dalam surat-surat kami.

12Memang kami tidak berani menyamakan atau membandingkan diri dengan orang yang memuji diri mereka sendiri. Alangkah bodohnya mereka! Mereka membuat penilaian sendiri, dan menilai diri mereka dengan penilaian itu.

13Kami juga berbangga, tetapi tidak di luar batas yang ditentukan. Kami di dalam batas-batas kawasan pekerjaan yang sudah ditentukan oleh Allah bagi kami, dan kamu termasuk di dalam kawasan itu.

14Kamu termasuk di dalam kawasan yang sudah ditentukan oleh Allah bagi kami. Oleh itu, kami tidak di luar batas kawasan pekerjaan kami ketika mengunjungi kamu dan membawa Berita Baik tentang Kristus.

15Dengan demikian kami tidak berbangga dengan kerja orang lain yang di luar batas yang ditentukan oleh Allah bagi kami. Sebaliknya kami berharap agar kamu semakin percaya kepada Kristus, sehingga kami dapat meluaskan kerja kami di kalangan kamu, di dalam batas yang ditentukan oleh Allah.

16Kemudian barulah kami dapat mengkhabarkan Berita Baik di negeri-negeri lain. Dengan demikian kami tidak mendapat pujian bagi kerja yang sudah dilakukan di kawasan pelayanan orang lain.

17Di dalam Alkitab tertulis, "Sesiapa mahu berbangga, hendaklah dia berbangga dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tuhan."

18Hal itu demikian kerana orang yang terpuji adalah orang yang dipuji oleh Tuhan, bukan orang yang memuji diri sendiri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

Download Audio MP3 (2 Korintus 10):
Mobile (Low Quality) - CD (High Quality)

 <<  2 Korintus 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel