Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tawarikh 17 >> 

Raja Yosafat Menjadi Raja

1Raja Yosafat menggantikan ayahandanya Raja Asa sebagai raja, dan baginda mengukuhkan kedudukannya untuk melawan Israel.

2Raja Yosafat menempatkan tentera di kota-kota berkubu di Yehuda, di kawasan desa Yehuda, dan di kota-kota yang telah direbut oleh Raja Asa di wilayah Efraim.

3TUHAN memberkati Raja Yosafat kerana baginda mengikut teladan ayahandanya semasa ayahandanya masih muda; Raja Yosafat tidak menyembah Baal.

4Baginda mengabdi kepada Allah ayahandanya, taat kepada perintah Allah, dan tidak hidup seperti raja-raja Israel.

5TUHAN menguatkan pemerintahannya di Yehuda, dan semua orang memberikan hadiah kepadanya sehingga baginda menjadi kaya dan sangat dihormati.

6Raja Yosafat berbangga kerana mengabdi kepada TUHAN; baginda memusnahkan semua tempat penyembahan berhala dan lambang-lambang Dewi Asyera di Yehuda.

7Pada tahun ketiga pemerintahannya, baginda mengutus pegawai-pegawai untuk mengajar di kota-kota Yehuda. Mereka terdiri daripada Benhail, Obaja, Zakharia, Netaneel, dan Mikha.

8Mereka diiringi oleh sembilan orang Lewi dan dua orang imam. Orang Lewi itu ialah Semaya, Netanya, Zebaja, Asael, Semiramot, Yonatan, Adonia, Tobia, dan Tob-Adonia; imam-imam itu ialah Elisama dan Yoram.

9Mereka membawa kitab Taurat TUHAN, lalu menjelajahi semua kota di Yehuda dan mengajar rakyat di sana.

Kebesaran Raja Yosafat

10TUHAN membuat semua kerajaan di sekitar Yehuda takut berperang melawan Raja Yosafat.

11Sebilangan orang Filistin memberi Raja Yosafat banyak perak dan hadiah yang lain. Ada pula orang Arab yang memberinya 7,700 ekor domba dan 7,700 ekor kambing.

12Demikianlah Raja Yosafat menjadi semakin berkuasa. Di seluruh Yehuda baginda membina kubu-kubu dan kota-kota.

13Baginda menyimpan perbekalan yang banyak di kota-kota itu. Di Yerusalem baginda menempatkan pahlawan-pahlawan yang perkasa

14menurut puak masing-masing. Adna menjadi panglima utama puak-puak Yehuda, dan dia memimpin 300,000 orang askar.

15Panglima kedua ialah Yohanan; dia memimpin 280,000 orang askar.

16Panglima ketiga ialah Amasia anak Zikhri; dia memimpin 200,000 orang askar. (Amasia mengabdi kepada TUHAN dengan sukarela.)

17Elyada menjadi panglima utama puak-puak Benyamin, dan dia memimpin 200,000 orang askar yang bersenjatakan perisai dan busur.

18Panglima kedua ialah Yosabad; dia memimpin 180,000 orang askar yang bersenjata.

19Merekalah yang berkhidmat kepada raja di Yerusalem. Selain itu, Raja Yosafat juga menugaskan askar-askar lain di kota-kota berkubu di wilayah Yehuda.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tawarikh 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel