Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tawarikh 27 >> 

Raja Yotam, Raja Yehuda

1Raja Yotam menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Bondanya ialah Yerusa anak Zadok.

2Raja Yotam melakukan apa yang diperkenankan TUHAN, seperti Raja Uzia ayahandanya, tetapi baginda tidak seperti ayahandanya yang berdosa dengan membakar kemenyan di Rumah TUHAN. Walaupun demikian, rakyat baginda terus sahaja berdosa.

3Raja Yotam membina Pintu Gerbang Utara Rumah TUHAN, dan baginda membaiki tembok kota di kawasan Yerusalem yang disebut Ofel.

4Di pergunungan Yehuda, Raja Yotam membina kota-kota, dan di hutan-hutan baginda membina kubu dan menara.

5Raja Yotam memerangi raja negeri Amon dan tenteranya, lalu mengalahkan mereka. Kemudian Raja Yotam memaksa orang Amon membayar ufti selama tiga tahun, tiap-tiap tahun sebanyak 3,400 kilogram perak, 1,000 tan gandum, dan 1,000 tan barli.

6Raja Yotam bertambah kuat kerana baginda taat setia kepada TUHAN, Allahnya.

7Perkara-perkara lain yang berlaku pada masa pemerintahannya, seperti peperangan dan dasar kerajaannya, semua tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Israel dan Yehuda.

8Raja Yotam berusia dua puluh lima tahun ketika baginda menjadi raja, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun.

9Raja Yotam mangkat dan dimakamkan di Kota Daud. Puteranya Ahas, menggantikan baginda sebagai raja.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tawarikh 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel