Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amos 5 >> 

Panggilan untuk Bertaubat

1Dengarlah, hai umat Israel! Aku hendak menyanyikan lagu perkabungan untuk kamu:

2Israel, anak dara itu sudah jatuh, dia tidak akan bangkit lagi! Dia dibiarkan terlantar di tanahnya sendiri, tiada sesiapa yang menolongnya berdiri.

3TUHAN Raja berfirman, "Sebuah kota di Israel mengerahkan seribu orang askar, tetapi hanya seratus orang yang kembali. Kota yang lain mengerahkan seratus orang, tetapi hanya sepuluh orang yang kembali."

4TUHAN berfirman kepada umat Israel, "Kembalilah kepada-Ku, maka kamu akan hidup.

5Jangan pergi ke Bersyeba untuk beribadat. Jangan cari Aku di Betel kerana Betel akan lenyap. Jangan pergi ke Gilgal, kerana penduduk kota itu akan dibuang negeri."

6Kembalilah kepada TUHAN, maka kamu akan hidup. Jika kamu tidak kembali kepada-Nya, Dia akan datang seperti api yang menyala-nyala kepada umat Israel. Api akan membakar penduduk Betel dan tiada seorang pun dapat memadamkan api itu.

7Alangkah malangnya kamu yang memutarbalikkan keadilan dan merampas hak orang!

8TUHAN mencipta bintang-bintang di angkasa -- bintang Orion dan bintang Kartika. Dia mengubah kegelapan menjadi cahaya, dan mengubah siang menjadi malam. Dia memanggil air dari lautan dan mencurahkan air itu ke daratan. TUHAN itulah nama-Nya.

9Dia membinasakan orang perkasa, dan memusnahkan pertahanan mereka.

10Kamu membenci orang yang menentang ketidakadilan dan yang berkata benar di tempat pengadilan.

11Kamu menindas orang miskin dan merampas gandum mereka. Oleh itu kamu tidak akan tinggal di dalam rumah mewah daripada batu, yang sudah kamu bina. Kamu tidak akan minum wain dari ladang anggur kamu yang indah.

12Aku tahu betapa dahsyatnya dosa kamu dan betapa banyaknya jenayah yang kamu lakukan. Kamu menganiaya orang baik, menerima rasuah, dan menghalang orang miskin daripada mendapat keadilan di tempat pengadilan.

13Oleh sebab perbuatan kamu itu, maka orang bijaksana berfikir lebih baik berdiam diri sahaja pada masa yang jahat seperti itu.

14Berusahalah untuk berbuat baik dan jangan berbuat jahat, supaya kamu hidup. Maka TUHAN Allah Yang Maha Kuasa akan sungguh-sungguh menyertai kamu seperti yang kamu katakan.

15Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup.

16Oleh itu TUHAN Raja Yang Maha Kuasa berfirman, "Di jalan-jalan kota, orang akan meratap dan menangis kerana sedih. Bahkan petani-petani pun akan dipanggil untuk ikut meratap bersama dengan orang yang diupah untuk meratapi orang mati.

17Orang akan meratap di semua ladang anggur kerana Aku datang untuk menghukum kamu." Demikianlah firman TUHAN.

18Alangkah malangnya kamu yang menanti-nantikan Hari TUHAN! Apakah gunanya hari itu bagi kamu? Hari itu hanya merupakan hari yang gelap dan bukan hari yang terang bagi kamu.

19Keadaannya seperti orang yang melarikan diri dari singa, lalu bertemu dengan beruang; atau seperti orang yang pulang ke rumah dan meletakkan tangannya pada tembok, lalu dipatuk ular!

20Hari TUHAN itu akan membawa kegelapan dan bukan cahaya; hari itu akan suram, tanpa cahaya sama sekali.

21TUHAN berfirman, "Aku benci dan muak dengan perayaan agama kamu; Aku jemu melihatnya!

22Apabila kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku.

23Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu; Aku tidak mahu mendengar permainan kecapi kamu.

24Sebaliknya, berusahalah supaya keadilan mengalir seperti sungai, dan kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.

25Hai umat Israel, pada masa Aku memimpin kamu melalui padang gurun selama empat puluh tahun, Aku tidak menuntut persembahan dan korban daripada kamu.

26Tetapi sekarang kamu menyembah Sakut yang kamu anggap raja dan Kewan, bintang yang kamu dewa-dewakan itu. Oleh itu kamu sendiri harus mengangkut patung-patung itu,

27apabila Aku membuang kamu ke suatu negeri yang lebih jauh dari Damsyik." Demikianlah firman TUHAN yang bernama Allah Yang Maha Kuasa.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amos 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel