Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amos 9 >> 

Hukuman daripada Tuhan

1Aku nampak Tuhan berdiri di sisi mazbah. Dia memberikan perintah ini, "Pukullah kuat-kuat kepala tiang di Rumah-Ku supaya seluruh serambi bergoncang. Pecahkan kepala-kepala tiang itu dan biarlah semuanya jatuh ke atas kepala orang. Orang yang tidak mati akan Kubunuh dalam peperangan. Tidak seorang pun akan dapat melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

2Walaupun mereka menggali lubang sampai ke dunia orang mati, Aku akan menangkap mereka. Walaupun mereka memanjat sampai ke langit, Aku akan membawa mereka turun.

3Jika mereka bersembunyi di puncak Gunung Karmel, Aku akan mencari dan menangkap mereka. Jika mereka bersembunyi di dasar laut, Aku akan memberikan perintah kepada naga laut untuk menggigit mereka.

4Jika mereka dibawa ke pembuangan oleh musuh, Aku akan memberikan perintah supaya mereka dibunuh. Aku bertekad membinasakan mereka, dan tidak akan menolong mereka."

5Apabila TUHAN Raja Yang Maha Kuasa menyentuh bumi, bergempalah bumi, dan semua penduduknya meratap. Seluruh dunia naik turun seperti Sungai Nil.

6TUHAN membina tempat tinggal-Nya di angkasa, di atas bumi dipasang-Nya langit sebagai kubah. Dia memanggil air dari lautan, dan mencurahkannya di daratan, TUHAN itulah nama-Nya.

7TUHAN berfirman, "Hai umat Israel, Aku mempedulikan orang Etiopia sama seperti Aku mempedulikan kamu. Aku membawa orang Filistin dari Kreta dan orang Siria dari Kir sama seperti Aku membawa kamu dari Mesir.

8Aku, TUHAN Raja, sedang mengamati kerajaan Israel yang berdosa ini, dan Aku akan melenyapkannya dari muka bumi. Namun Aku tidak akan membinasakan semua keturunan Yakub.

9Aku akan memberikan perintah, dan Aku akan menampi umat Israel seperti orang menampi gandum dengan penampi. Aku akan menampi mereka antara bangsa-bangsa untuk membuang semua yang tidak berguna.

10Orang berdosa di kalangan umat-Ku berkata, ‘Allah tidak akan membiarkan kita ditimpa malapetaka.’ Tetapi sesungguhnya mereka akan dibunuh dalam peperangan."

Israel akan Dipulihkan

11TUHAN berfirman, "Masanya akan tiba apabila Aku memulihkan kerajaan Daud. Sekarang kerajaan itu telah menjadi seperti rumah yang runtuh. Aku akan memperbaiki temboknya dan membinanya semula sehingga menjadi seperti dahulu kala.

12Umat Israel akan menakluki bahagian negeri Edom yang terselamat, dan semua negeri yang pernah menjadi milik-Ku." Demikianlah firman TUHAN yang akan melaksanakan hal itu.

13TUHAN berfirman, "Masanya akan tiba, apabila gandum tumbuh dengan sangat cepat sehingga musim menuai tidak ada putusnya. Pokok anggur akan bertumbuh dengan sangat pesat sehingga pembuatan wain tidak ada hentinya. Wain manis akan menitis dari pergunungan, dan mengalir dari perbukitan.

14Aku akan membawa umat-Ku Israel balik ke negeri mereka. Mereka akan membina semula kota-kota yang sudah menjadi reruntuhan, mereka akan tinggal di sana. Mereka akan menanam pokok anggur dan minum wain. Mereka akan bercucuk tanam dan makan hasil tanaman.

15Aku akan menempatkan umat-Ku di negeri yang sudah Kuberikan kepada mereka. Mereka tidak akan dibuang lagi." TUHAN, Allah kamu sudah berfirman.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amos 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2023
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel Dual Panel

Laporan Masalah/Saran