Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 22 >> 

1Nama baik lebih baik daripada harta yang banyak; dikasihi orang lebih baik daripada diberikan perak dan emas.

2Orang kaya dan orang miskin mempunyai satu persamaan: TUHAN mencipta kedua-duanya.

3Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang bodoh membiarkan diri ditimpa malapetaka dan menyesal kemudian.

4Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN, serta merendahkan diri akan mendapat kekayaan, kehormatan, dan usia panjang.

5Orang yang menyayangi nyawanya harus menjauhkan diri daripada perangkap dan jerat pada jalan yang ditempuh oleh orang jahat.

6Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.

7Orang miskin dikuasai orang kaya. Orang yang minta pinjam dikuasai orang yang memberi pinjam.

8Orang yang menabur ketidakadilan akan menuai bencana, dan kuasanya untuk menindas orang lain akan berakhir.

9Orang yang murah hati dan membahagikan makanan kepada orang miskin akan diberkati TUHAN.

10Usirlah orang yang suka menghina, barulah tiada pertengkaran, perbantahan, dan caci maki.

11Orang yang tulus hatinya dan halus pertuturannya akan menjadi sahabat raja.

12TUHAN memastikan bahawa kebenaran terpelihara dengan membongkar kebohongan pendusta.

13Orang malas tidak suka keluar dari rumah. Dia berkata bahawa dia akan diterkam singa jika dia keluar.

14Rayuan perempuan jalang merupakan lubang yang dalam: orang yang dimurkai TUHAN akan jatuh ke dalamnya.

15Kanak-kanak biasa membuat perkara yang bukan-bukan, tetapi rotan dapat mengajar mereka mengubah kelakuan.

16Sesiapa yang menindas orang miskin untuk menjadi kaya atau memberikan hadiah kepada orang kaya, pada akhirnya akan melarat.

Tiga Puluh Pepatah Orang Bijak

17Dengarlah, aku akan mengajar kamu pepatah orang bijak. Kajilah ajaran mereka.

18Berbahagialah orang yang dapat menghafaz ajaran itu dan mengutipnya apabila diperlukan.

19Aku hendak kamu percaya kepada TUHAN, itulah sebabnya aku mengajarkannya kepada kamu sekarang.

20Aku telah menuliskan tiga puluh pepatah yang mengandungi pengetahuan dan nasihat baik,

21yang akan mengajar kamu apa yang sungguh-sungguh benar. Nanti, jika kamu ditanya, kamu dapat memberikan jawapan yang tepat.

--1--

22Jangan perdaya orang miskin kerana mereka miskin, dan jangan tipu mereka di mahkamah.

23TUHAN akan membela mereka, dan mencabut nyawa orang yang menindas mereka.

--2--

24Jangan bersahabat dengan orang yang suka marah dan cepat naik darah.

25Jangan-jangan kamu ikut kelakuan mereka, lalu tidak dapat mengubah kebiasaan itu.

--3--

26Jangan berjanji untuk menanggung hutang orang lain.

27Jika kamu tidak dapat menjelaskan hutangnya, katil kamu pun akan dirampas.

--4--

28Jangan pindahkan batas tanah yang ditetapkan oleh nenek moyang kamu.

--5--

29Orang yang cekap bekerja akan bertugas untuk raja-raja dan bukan untuk orang biasa.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel