Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 25 >> 

Beberapa Kata Hikmat Lain daripada Raja Salomo

1Inilah beberapa kata hikmat lain daripada Raja Salomo yang disalin oleh pegawai-pegawai di istana Raja Hizkia, raja Yehuda.

2Kita memuliakan Allah kerana apa yang dirahsiakan-Nya. Kita menghormati raja kerana apa yang diterangkan baginda.

3Kamu tidak dapat menyelami fikiran raja. Fikiran raja lebih tinggi daripada fikiran kita, setinggi langit dan sedalam laut.

4Bersihkanlah perak daripada sanganya, barulah yang indah dapat dibentuk oleh tukang perak.

5Jauhkanlah penasihat yang jahat daripada raja, lalu raja akan memerintah dengan adil.

6Apabila menghadap raja, jangan cuba berlagak seperti orang besar dan berpura-pura pandai.

7Lebih baik dipersilakan ke tempat yang lebih terhormat daripada disuruh memberikan tempat kamu kepada orang yang lebih berpangkat.

8Jangan tergesa-gesa membawa perkara ke mahkamah, kerana jika kemudian kamu terbukti salah, apa lagi yang dapat kamu buat?

9Jika kamu berselisih faham dengan jiran kamu, selesaikanlah perkara itu antara kamu sendiri, dan jangan buka rahsia orang lain.

10Jika kamu membuka rahsia orang lain, kamu akan dicap sebagai orang yang bocor mulut, dan nama kamu tercemar seumur hidup.

11Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya bagaikan buah emas di dalam pinggan perak.

12Amaran yang diberikan oleh orang bijak kepada orang yang suka menerimanya adalah lebih berharga daripada cincin emas atau barang kemas.

13Utusan yang boleh dipercayai, menyegarkan hati orang yang mengutusnya, seperti air minum yang sejuk pada musim panas.

14Orang yang tidak menepati janjinya bagaikan awan dan angin yang tidak membawa hujan.

15Kesabaran yang disertai kata-kata lembut dapat meyakinkan para penguasa dan menghancurkan segala tentangan.

16Jangan makan madu banyak-banyak, nanti kamu muntah pula.

17Jangan lawat jiran kamu terlalu sering, nanti dia bosan lalu membenci kamu.

18Membuat tuduhan palsu bagaikan menyerang dengan pedang, belantan, atau anak panah yang tajam.

19Mengharapkan seorang yang tidak dapat dipercayai pada masa kesusahan bagaikan menggigit dengan gigi yang goyah atau berjalan dengan kaki yang tempang.

20Menyanyikan lagu bagi orang yang sedih bagaikan menanggalkan pakaiannya pada hari yang sejuk, atau membubuhkan cuka pada luka.

21Jika musuh kamu lapar, berilah mereka makan; jika mereka dahaga, berilah mereka minum.

22Perbuatan kamu akan memalukan mereka, dan TUHAN akan membalas kebaikan kamu.

23Umpatan pasti mendatangkan kemarahan seperti angin utara pasti membawa hujan.

24Tinggal di bumbung rumah lebih baik daripada tinggal di dalam rumah bersama-sama isteri yang suka bertengkar.

25Menerima berita baik dari tempat yang jauh bagaikan minum air sejuk ketika haus.

26Orang baik yang mengalah kepada orang jahat bagaikan mata air yang dikeruhkan atau perigi yang dicemarkan.

27Makan madu berlebih-lebih tidak baik; mengharapkan pujian yang berlebih-lebih pun tidak baik.

28Seorang yang tidak dapat mengawal diri bagaikan kota yang tidak berkubu dan mudah diserang musuh.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 25 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel