Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 17 >> 

1Ajalku sudah dekat, hampir putus nafasku; tiada apa-apa lagi selain kubur untukku.

2Orang menjadikan aku bahan ejekan. Aku melihat betapa kejamnya mereka melontarkan sindiran.

3Aku ini jujur, ya Allah. Percayailah aku. Tiada sesiapa lagi yang menyokong perkataanku.

4Engkau telah membuntukan fikiran mereka; janganlah biarkan aku dikalahkan mereka.

5Menurut pepatah, sesiapa mengkhianati sahabat demi keuntungan, anak-anaknya sendiri akan menerima pembalasan.

6Sekarang aku disindir dengan pepatah itu; mereka datang dan meludahi mukaku.

7Mataku kabur kerana dukacita; seluruh tubuhku kurus merana.

8Orang yang salih, terkejut dan hairan; mereka menganggap aku sebagai orang yang tidak percaya kepada Allah.

9Orang yang baik dan tidak bersalah, semakin yakin bahawa Allah berkenan kepada mereka.

10Tetapi jika kamu semua datang ke mari, tiada seorang bijak pun yang akan kudapati.

11Hari-hariku telah berlalu, gagallah segala rancanganku; hilang pula semua harapanku.

12Tetapi sahabat-sahabatku berkata, ‘Malam itu siang dan terang hampir tiba.’ Namun aku tahu dalam hatiku bahawa tetap gelaplah keadaanku.

13Hanya dunia maut yang aku harapkan, di sanalah aku akan tidur dalam kegelapan.

14Aku akan menamakan kubur ‘bapaku’, dan cacing yang makan tubuhku kusebut ‘ibuku’ dan ‘saudara perempuanku’.

15Di manakah harapan bagiku? Siapakah yang melihat harapan untukku?

16Aku tidak mempunyai harapan lagi apabila aku pergi ke dunia orang mati."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel