Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 18 >> 

1Bildad Kemudian Bildad menjawab,

2"Ayub, tidak bolehkah engkau berhenti bercakap? Jika engkau diam dan mendengar, kami akan bercakap.

3Mengapakah engkau berfikir bahawa kami dungu, dan menyamakan kami dengan lembu?

4Kemarahan hanya menyakiti dirimu. Adakah bumi kehilangan penduduknya kerana engkau marah? Adakah gunung-gunung dipindahkan dari tempatnya untuk memuaskan hatimu?

5Hidup orang jahat yang seperti nyala pelita, akan dipadamkan; mereka seperti api yang tidak lagi menyala.

6Mereka seperti khemah yang pelitanya sudah padam; pelita penerang mereka tidak lagi bersinar.

7Langkah mereka yang mantap kini terhuyung-huyung; rancangan mereka sendiri menyebabkan mereka jatuh.

8Mereka berjalan ke dalam jaring dan kaki mereka tersangkut;

9tumit mereka terperangkap sehingga mereka tertangkap.

10Jerat tersembunyi di atas tanah; dan perangkap terpasang pada jalan mereka.

11Kengerian mengejutkan orang jahat dari segala arah, dan mengikuti mereka setiap langkah.

12Dahulu mereka kaya, tetapi kini mereka lapar; bencana selalu menyertai mereka.

13Kulit mereka dimakan penyakit yang teruk, lengan dan kaki mereka menjadi busuk.

14Mereka dikeluarkan dari khemah tempat tinggal yang aman, dan diheret untuk menghadap kematian.

15Kini sesiapa pun boleh tinggal di dalam khemah mereka, setelah direnjis belerang untuk membasmi penyakit!

16Akar mereka kering dan kisut, cabang mereka layu dan lisut.

17Mereka tidak dikenal lagi di bumi; tiada seorang pun yang mengingati mereka lagi.

18Dari tanah orang yang hidup, mereka akan dihalaukan, diusir dari cahaya ke dalam kegelapan.

19Mereka tidak mempunyai sanak atau anak cucu, dan tiada lagi yang hidup di tempat mereka dahulu.

20Mendengar nasib mereka, penduduk di barat terkejut, dan penduduk di timur gementar kerana takut.

21Itulah kesudahan orang derhaka, mereka yang tidak mempedulikan Allah."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel