Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 2 >> 

Si Penggoda Menguji Ayub Lagi

1Makhluk-makhluk syurga menghadap TUHAN lagi, dan Si Penggoda pun hadir bersama-sama mereka.

2TUHAN bertanya kepada Si Penggoda, "Dari mana engkau?" Si Penggoda menjawab, "Aku telah mengembara ke sana sini dan menjelajahi seluruh bumi."

3TUHAN berfirman, "Adakah engkau perhatikan Ayub, orang yang mengabdi kepada-Ku? Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia beribadat kepada-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat. Engkau telah memujuk Aku supaya membenarkan engkau mencelakakan dia tanpa alasan, tetapi Ayub masih tetap setia kepada-Ku."

4Si Penggoda menjawab, "Manusia rela mengorbankan segala milik mereka supaya dapat terus hidup.

5Tetapi jika Engkau menyakiti tubuhnya, tentu dia akan mengutuk Engkau secara terang-terang."

6Maka TUHAN berfirman kepada Si Penggoda, "Baiklah, lakukan apa saja dengan dia, asalkan engkau tidak membunuh dia."

7Kemudian Si Penggoda meninggalkan TUHAN, lalu mendatangkan kudis kepada Ayub dari telapak kaki sampai mercu kepalanya.

8Ayub pergi duduk di sebelah timbunan sampah sambil mengikis kudisnya dengan sekeping pecahan tembikar.

9Isterinya berkata kepadanya, "Masihkah engkau tetap setia kepada Allah? Kutuklah Allah, dan matilah!"

10Ayub menjawab, "Engkau bercakap seperti orang bodoh. Apabila Allah memberikan yang baik, kita menerimanya. Kita juga patut menerima yang tidak baik." Walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Allah.

Kedatangan Sahabat-Sahabat Ayub

11Tiga orang sahabat Ayub, iaitu Elifas dari kota Teman, Bildad dari negeri Suah, dan Zofar dari negeri Naamah mendengar tentang penderitaan Ayub. Kemudian mereka memutuskan untuk berkumpul dan pergi menghiburkan Ayub.

12Ketika mereka masih jauh, mereka nampak Ayub, tetapi tidak mengenali dia. Apabila mereka menyedari bahawa orang itu Ayub, mereka menangis dan meraung. Mereka mengoyakkan pakaian kerana sedih, dan menaburkan debu ke udara dan pada kepala mereka.

13Kemudian mereka duduk di atas tanah bersama-sama Ayub selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa mengeluarkan sepatah kata pun kerana mereka tahu betapa beratnya penderitaan Ayub.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel