Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 24 >> 

1Mengapakah Allah tidak menetapkan hari penghakiman, supaya orang yang mengenal Dia mendapat keadilan?

2Ada orang memindahkan batu sempadan untuk meluaskan tanah; mereka mencuri domba lalu mengandangkannya dengan ternakan mereka.

3Mereka merampas keldai kepunyaan anak yatim piatu, dan sebagai jaminan, mereka mengambil lembu jantan daripada balu.

4Mereka menghalang orang miskin mendapat hak mereka sendiri, maka orang papa terpaksa bersembunyi.

5Oleh itu seperti keldai liar, orang miskin mencari makanan di padang belukar; di tempat itu sahaja terdapat makanan untuk anak-anak mereka.

6Mereka terpaksa memungut gandum di ladang orang lain dan memetik buah anggur di ladang orang durjana.

7Mereka tidur tanpa selimut pada waktu malam, tanpa sesuatu untuk menghangatkan badan.

8Mereka basah kuyup kerana hujan yang turun di atas gunung, mereka berhimpit-himpit pada bukit batu untuk berlindung.

9Orang jahat memperhamba anak-anak yang kehilangan bapa, dan mengambil bayi orang miskin sebagai jaminan.

10Orang miskin terpaksa keluar tanpa pakaian; ketika menuai gandum mereka kelaparan.

11Daripada buah zaitun mereka membuat minyak, dan daripada buah anggur, mereka membuat minuman, tetapi mereka sendiri kehausan.

12Di bandar terdengar tangisan orang yang cedera, dan orang yang hampir putus nyawa, tetapi Allah tidak mendengarkan doa mereka.

13Ada orang yang menolak cahaya, mereka tidak mengenalnya dan tidak mengikut jalannya.

14Pada waktu subuh, pembunuh keluar membunuh orang miskin; dan pada waktu malam, mereka keluar mencuri.

15Orang yang berzina menantikan senja, supaya tidak dikenali, mereka menutup muka.

16Pada waktu malam pencuri memecah rumah orang, tetapi pada waktu siang mereka bersembunyi dan mengelakkan cahaya.

17Bagi mereka, pagi hari menakutkan, tetapi kegelapan yang dahsyat, menyenangkan."

18Zofar "Orang jahat dihanyut oleh air bah, dan tanah yang dimiliki mereka disumpah oleh Allah; mereka tidak lagi bekerja di ladang anggur mereka.

19Seperti salji hilang kena kemarau dan matahari, orang berdosa pun hilang, ditelan dunia orang mati.

20Ibu mereka sendiri melupakan mereka, dan cacing memakan tubuh mereka. Nama mereka tidak lagi dikenang; mereka dimusnahkan seperti pokok yang tumbang.

21Hal itu berlaku kerana mereka menganiaya balu, dan tidak mengasihani wanita mandul.

22Allah dengan kuasa-Nya, membinasakan orang perkasa; Allah bertindak, maka matilah orang durjana.

23Allah mungkin membiarkan mereka hidup sentosa, tetapi Dia mengawasi mereka sepanjang masa.

24Hanya sebentar orang jahat berjaya, lalu hilang selama-lamanya. Mereka layu seperti rumpai, seperti gandum yang dipotong daripada tangkai.

25Dapatkah sesiapa menyangkal perkara itu? Dapatkah sesiapa menentang kebenaran kata-kataku?"


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel