Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 28 >> 

Pujian bagi Hikmat

1Ada lombong-lombong tempat perak ditemukan, ada tempat-tempat emas dibersihkan.

2Besi digali dari dalam tanah, dan batu dileburkan untuk mendapatkan tembaga.

3Gelap gelita ditembusi, tempat yang paling dalam diselidiki. Di situ, di dalam kegelapan, orang mencari batu-batan.

4Jauh di tempat yang tidak berpenghuni, yang belum pernah dijalani dan dilalui, orang bekerja sambil bergantung pada tali, di dalam terowong yang sunyi sepi.

5Tanah menghasilkan makanan untuk manusia, tetapi di bawah tanah itu, segalanya pecah berderai-derai.

6Batu-batu bumi mengandungi nilam, dan debu bumi mengandungi emas.

7Burung helang tidak nampak jalan ke lombong itu, burung nasar tidak pernah terbang di situ.

8Binatang buas tidak pernah menjejak jalan itu. Singa pun tidak pernah melalui jalan yang sunyi itu.

9Orang menggali batu-batan yang keras sekali, dasar gunung pun digali.

10Sedang mereka menembusi gunung batu, mereka menjumpai permata yang sangat bermutu.

11Sampai ke sumber sungai mereka menggali, dan menyatakan apa yang tersembunyi.

12Tetapi di manakah hikmat dapat dicari? Di manakah kita dapat belajar agar mengerti?

13Hikmat tidak didapati di kalangan manusia; tiada sesiapa yang tahu akan nilai yang sebenarnya.

14Lautan dan samudera mengatakan hikmat tidak terdapat di sana.

15Hikmat tidak dapat ditukar dengan emas murni, dan dengan perak pun tidak dapat dibeli.

16Emas dan permata yang paling berharga tidak dapat mengimbangi nilainya.

17Nilainya lebih daripada emas, dan daripada jambangan kencana ataupun kristal.

18Hikmat lebih tinggi nilainya daripada batu karang, hablur, atau mutiara.

19Batu topaz dan emas tulen tidak dapat dibandingkan dengan nilai hikmat.

20Di manakah sumber hikmat? Di manakah kita dapat pengertian?

21Tiada makhluk hidup yang pernah melihatnya, bahkan burung di udara pun tidak pernah nampaknya.

22Maut dan kemusnahan pun berkata bahawa yang didengar khabar angin sahaja.

23Allah sahaja yang mengetahui jalan ke sana, ke tempat hikmat berada,

24kerana Dia melihat sampai ke hujung bumi, melihat segala yang berada di bawah langit.

25Apabila Dia memberi angin kekuatan, dan keluasan laut ditentukan-Nya;

26apabila Allah menentukan tempat hujan turun, dan jalan yang dilalui kilat guruh;

27pada masa itulah hikmat dilihat-Nya dan nilai hikmat diuji-Nya, lalu diberikan restu-Nya.

28Allah berfirman kepada manusia, "Untuk mendapat hikmat, kamu mesti takut dan hormat kepada Tuhan. Untuk mendapat pengertian, kamu mesti meninggalkan kejahatan."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 28 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel