Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 5 >> 

1Berserulah, Ayub. Adakah sesiapa yang memberikan jawapan? Adakah malaikat yang dapat engkau minta bantuan?

2Orang bodoh mati kerana sakit hati, orang bebal mati kerana iri hati.

3Aku pernah nampak orang bodoh yang kelihatan selamat, tetapi dengan serta-merta aku mengutuk tempat tinggal mereka.

4Anak-anak mereka tidak selamat; tiada orang membela mereka di mahkamah.

5Orang yang lapar makan hasil tanaman orang bodoh bahkan gandum yang ditengah belukar; dan orang yang haus harta mengidamkan kekayaan orang bodoh.

6Kejahatan tidak muncul dari tanah, kesusahan tidak timbul dari bumi.

7Manusia sendirilah yang mendatangkan kesusahan pada diri mereka, seperti bunga api yang berterbangan daripada api.

8Andaikata aku dalam keadaanmu, kepada Allah aku akan berseru, kepada-Nya aku akan mengadu, dan menyerahkan perkaraku.

9Kita tidak dapat memahami perbuatan besar Allah, dan mukjizat-Nya tidak terkira.

10Dia mencurahkan hujan ke tanah dan menyiram ladang hingga basah.

11Memang Allah yang meninggikan orang hina, dan membahagiakan orang susah.

12Dia menggagalkan rancangan orang licik, dan memerangkap orang cerdik, sehingga mereka terjerat oleh akal mereka dan segala usaha mereka tidak berjaya.

13(5:12)

14Pada siang hari mereka ditimpa kegelapan, sehingga meraba-raba seperti pada waktu malam.

15Tetapi Allah menyelamatkan orang miskin daripada kematian, dan orang susah daripada penindasan.

16Dia memberikan harapan kepada orang miskin, dan membungkam mulut ketidakadilan.

17Berbahagialah orang yang ditegur Allah! Janganlah berasa kecil hati jika engkau diajar-Nya.

18Walaupun Allah menyakitimu, Dia akan mengubatimu; tangan-Nya yang melukakan, tangan-Nya juga yang akan menyembuhkan.

19Jikalau bahaya mengancam engkau, Dia akan selalu menyelamatkan engkau.

20Dia akan memelihara engkau pada masa kebuluran, dan melindungi engkau daripada maut pada masa peperangan.

21Allah akan menyelamatkan engkau daripada dusta dan fitnah; Dia akan menyelamatkan engkau apabila kebinasaan tiba.

22Apabila keganasan dan kelaparan melanda, engkau akan tabah bahkan tertawa. Engkau tidak takut dan cemas menghadapi binatang buas yang ganas.

23Ladang yang engkau bajak tidak akan berbatu, dan binatang liar tidak akan menyerang engkau.

24Engkau akan hidup aman di dalam khemahmu; apabila engkau memeriksa dombamu, semuanya selamat.

25Engkau akan mempunyai banyak keturunan, sebanyak rumput di padang ternakan.

26Seperti gandum masak dituai pada musimnya, engkau akan hidup sampai lanjut usia.

27Ayub, semua itu telah kami kaji dan dapati benar. Oleh itu, terimalah kerana hal itu benar."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel