Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 6 >> 

1Ayub Kemudian Ayub menjawab,

2"Jika kesusahan dan kesedihanku ditimbang beratnya,

3pasti lebih berat daripada pasir samudera. Perkataanku yang melulu tidak seharusnya memeranjatkan kamu.

4Allah Yang Maha Kuasa telah memanah aku, dan racunnya merebak ke seluruh tubuhku. Allah menyerang aku seperti pasukan lawan, maka aku sangat ketakutan.

5Keldai berasa puas apabila makan rumput muda, dan lembu juga diam apabila diberikan makanannya.

6Tetapi makanan yang tawar tanpa garam, siapa suka? Adakah putih telur mempunyai rasa?

7Aku tidak berselera untuk makan, dan segala makanan memuakkan.

8Mengapakah Allah tidak mengabulkan permohonanku? Mengapakah Dia tidak menjawab doaku?

9Kalaulah Allah berkenan meremukkan aku, kalaulah Dia bertindak dan membunuh aku,

10aku akan melompat keriangan, walaupun aku sangat kesakitan. Aku tahu bahawa Allah suci adanya; aku tidak pernah membantah perintah-Nya.

11Apa kekuatanku untuk terus hidup? Mengapa terus hidup jika aku tidak mempunyai harapan?

12Adakah badanku sekuat batu? Adakah tubuhku daripada gangsa?

13Aku tiada tenaga lagi untuk menyelamatkan diriku; tiada pertolongan lagi bagiku.

14Pada waktu kesusahan seperti ini, aku memerlukan sahabat yang sejati, sama ada aku masih setia kepada Allah atau telah meninggalkan Dia.

15Tetapi kamu, sahabat-sahabatku, tidak dapat dipercayai, seperti anak sungai yang kering apabila hujan tidak kunjung tiba.

16Kamu seperti sungai yang diam dan beku, yang tertutup dengan salji dan air batu.

17Apabila musim panas tiba, salji dan air batu hilang tanpa bekas; dan dasar anak sungai menjadi kering dan tandus.

18Kafilah sesat semasa mencari air; mereka mengembara dan mati di padang pasir.

19Kafilah dari Syeba dan Tema datang mencari air itu dan mengharapkannya.

20Tetapi harapan mereka hilang di tepi anak sungai yang kering.

21Bagiku, kamu seperti anak sungai itu; kamu takut apabila melihat deritaku.

22Adakah aku minta hadiah daripada kamu, ataupun menyuruh kamu menyuap orang demi kepentinganku?

23Adakah aku minta diselamatkan daripada musuh yang tidak berbelas kasihan?

24Baiklah, ajarlah aku dan tunjukkanlah kesalahanku. Aku akan diam dan mendengarkan kamu.

25Kata-kata yang tulus meyakinkan, tetapi kamu mengatakan yang bukan-bukan.

26Kamu berfikir bahawa aku bercakap kosong sahaja; jika demikian mengapa kamu menegur aku yang sudah putus asa?

27Kamu bersedia bertaruh untuk menentukan nasib yatim piatu, dan kamu mencurangi sahabat karib untuk menjadi kaya.

28Pandanglah mukaku. Aku tidak membohongi kamu.

29Jangan berlaku tidak adil, insaflah! Jangan cela aku, kerana aku tidak bersalah.

30Tetapi kamu masih berfikir bahawa aku berdusta, dan tidak dapat membezakan antara benar dan salah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran