Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 2 >> 

Tempat Setiap Suku dalam Perkhemahan

1TUHAN memberikan petunjuk berikut kepada Musa dan Harun.

2Pada masa orang Israel berkhemah, setiap orang harus berkhemah di bawah panji kumpulannya, dan di bawah lambang puaknya. Khemah-khemah harus dipasang di sekeliling Khemah TUHAN tetapi tidak terlalu dekat.

3Di bahagian timur, orang di bawah panji kumpulan Yehuda harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku ~~ Pemimpin ~~ Bilangan Orang; Yehuda ~~ Nahason anak Aminadab ~~ 74,600; Isakhar ~~ Netaneel anak Zuar ~~ 54,400; Zebulon ~~ Eliab anak Helon ~~ 57,400; Jumlah: ~~ 186,400 Kumpulan Yehuda adalah kumpulan pertama yang berangkat.

4(2:3)

5(2:3)

6(2:3)

7(2:3)

8(2:3)

9(2:3)

10Di bahagian selatan, orang di bawah panji kumpulan Ruben harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku ~~ Pemimpin ~~ Bilangan Orang; Ruben ~~ Elizur anak Syedeur ~~ 46,500; Simeon ~~ Selumiel anak Zurisyadai ~~ 59,300; Gad ~~ Elyasaf anak Rehuel ~~ 45,650; Jumlah: ~~ 151,450 Kumpulan Ruben adalah kumpulan kedua yang berangkat.

11(2:10)

12(2:10)

13(2:10)

14(2:10)

15(2:10)

16(2:10)

17Sesudah itu, orang Lewi yang memikul Khemah TUHAN harus berjalan di antara dua kumpulan yang pertama dan dua kumpulan yang terakhir. Tiap-tiap kumpulan harus berjalan menurut susunan semasa berkhemah; masing-masing pada tempatnya dan di bawah panjinya.

18Di bahagian barat, orang di bawah panji kumpulan Efraim harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku ~~ Pemimpin ~~ Bilangan Orang; Efraim ~~ Elisama anak Amihud ~~ 40,500; Manasye ~~ Gamaliel anak Pedazur ~~ 32,200; Benyamin ~~ Abidan anak Gideoni ~~ 35,400; Jumlah: ~~ 108,100 Kumpulan Efraim adalah kumpulan ketiga yang harus berangkat.

19(2:18)

20(2:18)

21(2:18)

22(2:18)

23(2:18)

24(2:18)

25Di bahagian utara, orang di bawah panji kumpulan Dan harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku ~~ Pemimpin ~~ Bilangan Orang; Dan ~~ Ahiezer anak Amisyadai ~~ 62,700; Asyer ~~ Pagiel anak Okhran ~~ 41,500; Naftali ~~ Ahira anak Enan ~~ 53,400; Jumlah: ~~ 157,600 Kumpulan Dan adalah kumpulan terakhir yang berangkat.

26(2:25)

27(2:25)

28(2:25)

29(2:25)

30(2:25)

31(2:25)

32Jumlah orang Israel yang didaftarkan di dalam kumpulan-kumpulan itu, kelompok demi kelompok, adalah 603,550 orang.

33Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, suku Lewi tidak didaftarkan bersama dengan orang Israel lain.

34Maka orang Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkhemah di bawah panji masing-masing, dan mereka berangkat bersama dengan puak masing-masing.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel