Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Daniel 12 >> 

Akhir Zaman

1Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, "Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.

2Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.

3Pemimpin-pemimpin yang bijaksana akan bersinar seperti langit yang cerah, dan mereka yang mengajar orang berbuat baik dan adil akan bersinar seperti bintang selama-lamanya."

4Malaikat itu berkata kepadaku, "Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja."

5Selepas itu aku nampak dua orang lelaki, yang satu berdiri di tebing sungai di sebelah sini, dan yang satu lagi di sebelah sana.

6Orang yang satu bertanya kepada malaikat yang berdiri di hulu sungai, "Berapa lamakah kejadian-kejadian yang ajaib itu berlangsung sebelum semuanya berakhir?"

7Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, "Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir."

8Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya. Oleh itu aku bertanya, "Tetapi, tuan, bagaimanakah kesudahannya kelak?"

9Dia menjawab, "Hai Daniel, engkau harus pergi sekarang, kerana kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.

10Banyak orang akan diuji dan dimurnikan. Orang jahat tidak akan mengerti; mereka akan meneruskan kejahatan mereka. Hanya orang bijaksana akan mengerti.

11Sejak masa korban harian dihentikan, iaitu sejak ‘Bencana Yang Dahsyat’ itu, 1,290 hari akan berlalu.

12Berbahagialah orang yang tetap setia sehingga 1,335 hari itu telah berlalu.

13Engkau Daniel, harus setia sampai akhir. Engkau akan meninggal, tetapi engkau akan bangkit untuk menerima ganjaranmu pada akhir zaman."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Daniel 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel