Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ezra 10 >> 

Cadangan untuk Menghentikan Kahwin Campur

1Sambil menangis Ezra bersujud untuk berdoa dan mengaku dosa di hadapan Rumah TUHAN. Sementara itu banyak orang Israel -- lelaki, perempuan, dan kanak-kanak -- datang berkumpul di sekelilingnya; mereka juga menangis tersedu-sedu.

2Kemudian Sekhanya anak Yehiel, seorang daripada puak Elam, berkata kepada Ezra, "Kami telah berdosa terhadap TUHAN kerana berkahwin dengan perempuan asing. Walaupun demikian, masih ada harapan bagi Israel.

3Marilah kita bersumpah kepada Allah bahawa kita akan mengusir semua perempuan itu dan anak-anak mereka. Kami akan menurut nasihat tuan dan nasihat orang yang menjunjung perintah Allah. Kami akan taat kepada Taurat Allah.

4Bertindaklah kerana itulah tanggungjawab tuan. Kami akan menyokong tuan dengan sepenuhnya. Bertindaklah dengan tegas sehingga perkara itu selesai."

5Oleh itu Ezra mulai bertindak dengan menyuruh para pemimpin imam, orang Lewi dan umat Israel yang lain bersumpah bahawa mereka akan melakukan cadangan Sekhanya.

6Setelah mereka bersumpah, Ezra pergi dari bahagian depan Rumah TUHAN ke tempat tinggal Yohanan anak Elyasib. Ezra bermalam di situ dan bersedih hati kerana memikirkan ketidaksetiaan orang dari pembuangan itu. Dia tidak makan atau minum apa-apa pun.

7Kemudian diumumkan di seluruh Yerusalem dan Yehuda bahawa semua orang yang telah pulang dari pembuangan, harus hadir pada suatu perjumpaan di Yerusalem.

8Itulah perintah para pemimpin rakyat. Sesiapa yang tidak hadir dalam masa tiga hari, segala harta miliknya akan dirampas, dan dia tidak lagi dianggap sebagai anggota masyarakat Israel.

9Dalam masa tiga hari, iaitu pada hari kedua puluh bulan sembilan, semua orang lelaki yang tinggal di kawasan Yehuda dan Benyamin datang ke Yerusalem dan berkumpul di halaman Rumah TUHAN. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Semua orang menggigil kerana kesejukan dan juga kerana mustahaknya pertemuan itu.

10Kemudian Imam Ezra berdiri dan berkata kepada umat itu, "Kamu telah berdosa dan menambah kesalahan Israel kerana berkahwin dengan perempuan asing.

11Oleh sebab itu, akuilah dosa kamu di hadapan TUHAN, Allah nenek moyang kamu dan lakukanlah apa yang diperkenankan-Nya. Jauhkanlah diri kamu daripada orang asing yang tinggal di negeri kita, dan usirlah semua isteri kamu yang berbangsa asing."

12Semua orang itu menjawab dengan lantang, "Kami akan melakukan apa sahaja kata tuan."

13Tetapi kata mereka lagi, "Perhimpunan ini terlalu besar, lagipun hujan lebat. Kami tidak tahan berdiri di tempat yang terbuka ini. Lagi pula, hal ini bukan perkara yang dapat diselesaikan dalam masa satu atau dua hari, oleh sebab banyak sekali di kalangan kami yang terlibat dalam dosa ini.

14Benarkanlah para pemimpin kami tinggal di Yerusalem untuk menguruskan hal ini. Kemudian tiap-tiap orang yang mempunyai isteri berbangsa asing harus datang ke situ pada waktu yang ditetapkan, dan menghadap bersama dengan para pemimpin dan hakim kota masing-masing. Dengan cara itu Allah tidak akan murka lagi kepada kita kerana perkara itu."

15Tiada seorang pun membantah cadangan itu kecuali Yonatan anak Asael dan Yahzeya anak Tikwa. Mereka disokong oleh Mesulam dan Sabetai, seorang Lewi.

16Mereka yang telah pulang dari pembuangan itu tetap hendak menerima cadangan itu. Oleh itu, Imam Ezra melantik beberapa orang di kalangan pemimpin puak Israel dan mencatat nama mereka. Pada hari pertama bulan sepuluh, mereka mulai menyiasat perkara itu.

17Dalam masa tiga bulan, mereka selesai membuat penyiasatan terhadap semua lelaki yang mempunyai isteri berbangsa asing.

Orang Lelaki yang Mempunyai Isteri Berbangsa Asing

18Inilah senarai orang lelaki yang mempunyai isteri berbangsa asing: Para imam, terdaftar menurut puaknya; Puak Yesua dan saudara-saudaranya, iaitu anak-anak Yozadak: Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalya.

19Mereka berjanji menceraikan isteri mereka, lalu mereka mempersembahkan seekor domba jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

20Puak Imer: Hanani dan Zebaja.

21Puak Harim: Maaseya, Elia, Semaya, Yehiel, dan Uzia.

22Puak Pasyhur: Elyoenai, Maaseya, Ismael, Netaneel, Yozabad, dan Elasa.

23Orang Lewi: Yozabad, Simei, Kelaya (juga disebut Kelita), Petahya, Yuda, dan Eliezer.

24Para penyanyi: Elyasib. Para pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN: Salum, Telem, dan Uri.

25Orang Israel yang lain: Puak Paros: Ramya, Yezia, Malkia, Miyamin, Eleazar, Malkia, dan Benaya.

26Puak Elam: Matanya, Zakharia, Yehiel, Abdi, Yeremot, dan Elia.

27Puak Zatu: Elyoenai, Elyasib, Matanya, Yeremot, Zabad, dan Aziza.

28Puak Bebai: Yohanan, Hananya, Zabai, dan Atlai.

29Puak Bani: Mesulam, Malukh, Adaya, Yasub, Seal, dan Yeramot.

30Puak Pahat Moab: Adna, Kelal, Benaya, Maaseya, Matanya, Bezaleel, Binui, dan Manasye.

31Puak Harim: Eliezer, Yisia, Malkia, Semaya, Simeon, Benyamin, Malukh, dan Semarya.

32(10:31)

33Puak Hasum: Matnai, Matata, Zabad, Elifelet, Yeremai, Manasye, dan Simei.

34Puak Bani: Maadai, Amram, Uel, Benaya, Bedeya, Keluhu, Wanya, Meremot, Elyasib, Matanya, Matnai, dan Yaasai.

35(10:34)

36(10:34)

37(10:34)

38Puak Binui: Simei, Selemya, Natan, Adaya, Makhnadbai, Sasai, Sarai, Azareel, Selemya, Semarya, Salum, Amarya, dan Yusuf.

39(10:38)

40(10:38)

41(10:38)

42(10:38)

43Puak Nebo: Yeiel, Matica, Zabad, Zebina, Yadai, Yoel, dan Benaya.

44Semua orang itu telah mengahwini perempuan asing. Lalu isteri-isteri mereka itu diceraikan dan diusir bersama dengan anak-anak mereka.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ezra 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel