Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Hakim-hakim 17 >> 

Patung yang Disembah Mikha

1Ada seorang lelaki bernama Mikha yang tinggal di kawasan perbukitan Efraim.

2Pada suatu hari dia berkata kepada ibunya, "Ketika orang mencuri 1,100 keping wang perak mak dahulu, saya mendengar mak mengutuk pencuri itu. Sayalah yang mencuri perak itu. Saya masih menyimpannya." Ibunya berkata, "Semoga engkau diberkati TUHAN, anakku!"

3Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya. Maka ibunya berkata lagi, "Supaya engkau, anakku tidak kena kutuk yang aku ucapkan dahulu, aku mempersembahkan perak ini kepada TUHAN. Perak ini akan digunakan untuk menyalut patung berhala daripada kayu. Aku akan mengembalikan perak itu kepadamu."

4Selepas Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya, ibunya mengambil dua ratus keping lalu memberikannya kepada seorang tukang perak. Dia menyuruh tukang itu membuat sebuah patung berhala daripada kayu lalu menyalutnya dengan perak itu. Kemudian patung itu ditempatkan di rumah Mikha.

5Mikha mempunyai sebuah tempat penyembahan. Dia membuat beberapa buah patung berhala dan sehelai efod lalu melantik salah seorang anak lelakinya menjadi imam.

6Pada masa itu umat Israel masih belum mempunyai raja. Tiap-tiap orang melakukan apa yang dianggapnya benar.

7Pada masa itu juga ada seorang pemuda daripada suku Lewi. Dahulu dia tinggal di kota Betlehem di wilayah Yehuda.

8Tetapi kini dia telah meninggalkan kota itu dan sedang mencari tempat tinggal yang lain. Dalam perjalanannya itu dia tiba di rumah Mikha di kawasan perbukitan Efraim.

9Mikha bertanya kepadanya, "Saudara dari mana?" Jawabnya, "Saya seorang Lewi dari Betlehem di Yehuda. Saya sedang mencari tempat tinggal."

10Mikha berkata, "Tinggallah dengan saya. Jadilah penasihat dan imam saya. Saya akan memberi saudara sepuluh keping wang perak setahun sebagai upah, dan juga pakaian serta makanan."

11Pemuda daripada suku Lewi itu bersetuju tinggal dengan Mikha. Pemuda itu diperlakukan seperti anak kandung Mikha sendiri.

12Mikha melantik dia sebagai imamnya, lalu dia tinggal di rumah Mikha.

13Mikha berkata, "Sekarang aku tahu bahawa TUHAN akan berbuat baik kepadaku, kerana aku mempunyai seorang Lewi sebagai imam."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Hakim-hakim 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel