Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Hosea 11 >> 

Allah Mengasihi Umat-Nya yang Suka Memberontak

1TUHAN berfirman, "Aku mengasihi Israel sejak dia masih kecil; Aku memanggil anak-Ku keluar dari Mesir.

2Tetapi semakin Aku memanggil mereka, semakin mereka menjauhi Aku. Umat-Ku mempersembahkan korban kepada Baal; mereka membakar kemenyan kepada berhala-berhala.

3Padahal Akulah yang mengajar Israel berjalan. Aku memeluk umat-Ku dengan kasih sayang; Aku memelihara mereka tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat itu.

4Aku mendekatkan mereka dengan penuh kasih sayang. Aku mendukung dan mencium mereka, Aku membongkok dan memberi mereka makan.

5Mereka tidak mahu kembali kepada-Ku. Oleh itu mereka mesti kembali ke Mesir, dan bangsa Asyur akan memerintah mereka.

6Peperangan akan melanda kota-kota mereka, dan pintu gerbang kota akan dirobohkan. Umat-Ku akan dimusnahkan kerana mereka menurut kemahuan mereka sendiri.

7Mereka berkeras hendak meninggalkan Aku. Mereka akan berseru minta tolong kerana tertindas, tetapi tiada sesiapa pun akan membebaskan mereka.

8Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu; Aku tidak mungkin meninggalkan kamu. Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma, atau menghukum kamu seperti Zeboim? Aku tidak sampai hati berbuat demikian. Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.

9Aku tidak akan menghukum kamu apabila Aku murka; Aku tidak akan membinasakan Israel lagi, kerana Aku ini Allah dan bukan manusia. Aku, Yang Maha Suci menyertai kamu, Aku tidak akan murka kepada kamu lagi."

10TUHAN berfirman, "Aku akan mengaum seperti singa terhadap musuh umat-Ku, dan umat-Ku akan mengikut Aku. Dari sebelah barat mereka akan cepat-cepat datang kepada-Ku.

11Dari Mesir mereka akan terbang kepada-Ku secepat burung, dan dari Asyur seperti merpati. Aku akan membawa mereka pulang ke rumah mereka semula. Aku, TUHAN telah berfirman."

12(12-1)

Israel dan Yehuda Dijatuhi Hukuman

TUHAN berfirman, "Bangsa Israel telah mengelilingi Aku dengan dusta dan tipu daya, dan bangsa Yehuda masih juga memberontak terhadap Aku, Allah yang suci dan setia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Hosea 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel