Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 16 >> 

Hagar dan Ismael

1Sarai, isteri Abram, masih belum mempunyai anak. Tetapi Sarai mempunyai seorang hamba dari Mesir, seorang gadis yang bernama Hagar.

2Sarai berkata kepada Abram, "TUHAN tidak membolehkan aku melahirkan anak. Oleh itu, tidurlah dengan hambaku ini. Mungkin dia dapat melahirkan seorang anak untukku." Abram bersetuju dengan cadangan Sarai,

3maka Sarai memberikan Hagar kepada Abram untuk dijadikan gundik. Pada masa itu Abram sudah tinggal di Kanaan selama sepuluh tahun.

4Abram bersetubuh dengan Hagar, lalu perempuan itu mengandung. Tetapi apabila Hagar tahu bahawa dia mengandung, dia menjadi sombong lalu menghina Sarai.

5Kemudian Sarai berkata kepada Abram, "Aku sudah memberikan hambaku Hagar kepadamu, dan sejak dia tahu bahawa dia mengandung, dia menghina aku. Hal itu kesalahanmu. Semoga TUHAN mengadili siapa antara kita yang benar, engkau ataupun aku."

6Abram menjawab, "Baiklah, dia hambamu dan engkau berkuasa terhadapnya; perlakukanlah dia sesuka hatimu." Kemudian Sarai memperlakukan Hagar dengan sangat kejam sehingga Hagar melarikan diri.

7Malaikat TUHAN menjumpai Hagar dekat mata air di padang gurun, di jalan yang menuju ke padang gurun Syur.

8Malaikat itu berkata, "Hagar, hamba Sarai, engkau dari mana dan hendak ke mana?" Hagar menjawab, "Hamba melarikan diri daripada tuan hamba, Sarai."

9Malaikat itu berkata, "Kembalilah kepadanya dan layanilah dia."

10Kemudian malaikat itu berkata, "Aku akan memberikan keturunan yang sangat banyak kepadamu, sehingga tiada seorang pun dapat menghitung mereka.

11Tidak lama lagi engkau akan melahirkan seorang anak lelaki; namakanlah dia Ismael, kerana TUHAN sudah mendengar tangisanmu.

12Tetapi anakmu itu akan hidup seperti keldai liar; dia akan melawan setiap orang dan setiap orang pun akan melawan dia. Dia akan hidup terpisah daripada semua sanak saudaranya."

13Hagar bertanya dalam hati, "Benarkah aku sudah nampak Allah dan aku masih hidup?" Oleh itu dia menyebut TUHAN yang sudah berfirman kepadanya itu "Allah Yang Melihat".

14Itulah sebabnya perigi di antara Kades dan Bered itu dinamakan, "Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku."

15Kemudian Hagar melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram, bapa anak itu menamakan dia Ismael.

16Pada masa itu Abram berumur 86 tahun.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kejadian 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel