Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Keluaran 27 >> 

Mazbah

1"Buatlah sebuah mazbah daripada kayu akasia. Mazbah itu harus berbentuk empat persegi, berukuran 2.2 meter panjang, 2.2 meter lebar, dan 1.3 meter tinggi.

2Buatlah unjuran pada keempat-empat sudutnya. Unjuran itu mesti seiras dengan mazbah dan seluruhnya disaluti gangsa.

3Buatlah periuk untuk abu berminyak, dan buatlah juga penyodok, mangkuk, garpu, dan perbaraan; kesemua peralatan ini mesti dibuat daripada gangsa.

4Buatlah juga kekisi daripada gangsa dan pasanglah empat buah gelang gangsa pada keempat-empat sudut.

5Tinggi kekisi itu harus setengah daripada tinggi mazbah. Kekisi itu harus dililitkan pada bahagian bawah mazbah itu.

6Buatlah dua batang kayu pengusung daripada kayu akasia yang disaluti gangsa.

7Masukkan kayu pengusung itu ke dalam gelang di kedua-dua sisi mazbah semasa mengusung mazbah itu.

8Buatlah mazbah itu daripada papan dan bahagian dalamnya berongga, menurut pelan yang Aku tunjukkan kepadamu di atas gunung ini."

Pagar Khemah TUHAN

9"Buatlah pagar di sekeliling Khemah-Ku. Pagar itu berupa tirai daripada kain linen halus. Di bahagian selatan, tirai itu harus 44 meter panjang,

10disangga oleh dua puluh batang tiang gangsa dengan dua puluh buah alas gangsa, dan dipasang dengan cangkuk serta batang daripada perak.

11Buatlah seperti itu juga di bahagian utara.

12Di bahagian barat, tirainya 22 meter panjang, dengan sepuluh batang tiang dan sepuluh buah alas.

13Di bahagian timur, di pintu masuk, tirainya juga harus 22 meter panjang.

14Pada tiap-tiap sisi pintu itu, harus dipasang tirai; setiap tirai panjangnya 6.6 meter, dengan tiga batang tiang dan tiga buah alas.

15(27:14)

16Bagi pintu masuk itu, harus dipasang tirai sepanjang 9 meter; tirai itu harus dibuat daripada kain linen halus yang ditenun dengan bulu berwarna biru, ungu, dan merah, serta dihias dengan sulaman. Tirai pintu itu harus disangga oleh empat batang tiang dengan empat buah alas.

17Semua tiang pagar itu harus dihubungkan satu sama lain dengan batang perak, cangkuk-cangkuknya harus dibuat daripada perak dan alasnya daripada gangsa.

18Pagar itu harus 44 meter panjang, 22 meter lebar, dan 2.2 meter tinggi. Tirai hendaklah dibuat daripada kain linen halus dan alas daripada gangsa.

19Semua alat yang digunakan dalam Khemah, serta semua pasak untuk Khemah dan pagarnya mesti dibuat daripada gangsa."

Cara Mengurus Pelita

20"Suruhlah umat Israel memberi engkau minyak zaitun yang terbaik untuk pelita itu, supaya pelita itu dapat dinyalakan tiap-tiap malam.

21Harun dan anak-anak lelakinya mesti mengurus pelita itu di dalam Khemah-Ku, di luar tirai yang di hadapan Tabut Perjanjian. Di situ, di hadirat-Ku, pelita itu mesti dinyalakan dari petang hingga pagi. Perintah ini mesti dipatuhi selama-lamanya oleh umat Israel dan keturunan mereka."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Keluaran 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel