Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mikha 6 >> 

Tuduhan TUHAN terhadap Israel

1Dengarlah perkara yang diajukan oleh TUHAN terhadap Israel. Bangkitlah, ya TUHAN, dan ajukanlah perkara-Mu. Biarlah gunung dan bukit mendengar apa yang hendak Engkau firmankan.

2Hai gunung-ganang, dasar bumi yang kekal, dengarlah perkara yang diajukan TUHAN! TUHAN mempunyai perkara dengan umat-Nya. Dia akan membawa tuduhan terhadap Israel.

3TUHAN berfirman, "Hai umat-Ku, apakah yang telah Aku lakukan terhadap kamu? Dalam hal apakah Aku telah menjadi beban bagi kamu? Jawablah.

4Aku membawa kamu keluar dari Mesir. Aku menyelamatkan kamu daripada perhambaan. Aku mengutus Musa, Harun, dan Miriam untuk memimpin kamu.

5Hai umat-Ku, ingatlah akan apa yang dirancang oleh Balak, raja Moab itu terhadap kamu, dan jawapan Bileam anak Beor kepadanya. Ingatlah akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perjalanan dari perkhemahan di Sitim sampai ke Gilgal. Ingatlah akan perkara-perkara itu, maka kamu akan menyedari apa yang telah Aku lakukan untuk menyelamatkan kamu."

Persembahan yang Berkenan kepada TUHAN

6Apakah yang harus aku persembahkan kepada TUHAN, Allah di syurga, apabila aku datang menyembah Dia? Haruskah aku membawa anak lembu yang terbaik dan membakarnya sebagai korban untuk-Nya?

7Adakah TUHAN berkenan jika aku mempersembahkan beribu-ribu ekor domba, atau minyak zaitun yang berlimpah-limpah kepada-Nya? Haruskah aku mempersembahkan anak sulungku kepada-Nya kerana dosaku?

8Sekali-kali tidak! TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.

9Bijaklah orang yang takut akan TUHAN. TUHAN berseru kepada penduduk kota, "Dengarlah, hai kamu yang berkumpul di kota.

10Di rumah orang jahat terdapat harta yang diperoleh dengan tipu daya. Mereka menggunakan takaran palsu, suatu perbuatan yang Aku benci.

11Bagaimana mungkin Aku dapat mengampuni orang yang menggunakan takaran dan timbangan palsu?

12Orang kaya di kalangan kamu menindas orang miskin; kamu semua pendusta.

13Oleh itu Aku sudah mula memukul dan membinasakan kamu kerana dosa kamu.

14Kamu akan makan, tetapi tidak kenyang; sebaliknya kamu akan tetap lapar. Kamu akan merampas barang, tetapi kamu tidak akan dapat menyimpannya. Segala sesuatu yang kamu simpan akan Aku musnahkan dalam peperangan.

15Kamu akan menanam gandum, tetapi kamu tidak akan menuainya. Kamu akan membuat minyak daripada buah zaitun, tetapi kamu tidak dapat menggunakan minyaknya. Kamu akan membuat wain, tetapi kamu tidak dapat meminumnya.

16Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mikha 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel