Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 10 >> 

Doa Minta Keadilan

1Mengapakah Engkau begitu jauh, ya TUHAN, dan bersembunyi pada masa kami dalam kesusahan?

2Dengan sombong orang jahat menindas orang miskin; biarlah mereka dijerat oleh perangkap mereka sendiri.

3Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka; orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.

4Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN; kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada.

5Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka. Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah; mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.

6Mereka berkata dalam hati, "Kami tidak akan gagal; kami tidak akan ditimpa kesusahan."

7Percakapan mereka penuh dengan sumpahan, dusta, dan ancaman; mereka cepat menista dan menjahati orang.

8Mereka bersembunyi di kampung-kampung, dan menunggu untuk membunuh orang yang tidak bersalah. Mereka mengintip mangsa yang tidak berdaya;

9mereka menunggu di tempat persembunyian seperti singa. Mereka menantikan orang yang tidak berupaya, lalu menangkap dan menyeret mereka dari situ.

10Mangsa yang tidak berdaya remuk tergelimpang, ditewaskan oleh keganasan.

11Orang jahat berfikir, "Allah tidak peduli! Allah telah memejamkan mata-Nya dan tidak melihat kami!"

12Ya TUHAN, hukumlah orang yang jahat! Jangan lupakan orang yang sengsara!

13Mengapakah orang jahat menghina Allah, dan berfikir mereka tidak akan dihukum Allah?

14Tetapi Engkau nampak; Engkau perhatikan kesusahan dan penderitaan orang, dan sentiasa sedia untuk menolong mereka. Orang yang tidak berdaya menyerahkan dirinya kepada-Mu, kerana Engkau selalu menolong orang yang susah.

15Patahkanlah kekuasaan orang yang jahat dan durjana; hukumlah mereka kerana kekejaman mereka sehingga mereka berhenti melakukannya.

16TUHAN raja selama-lamanya, dan orang yang tidak mengenal Dia akan lenyap dari negeri-Nya.

17TUHAN, kabulkanlah doa orang hina; berikanlah semangat kepada mereka.

18Engkau mendengar tangisan anak yatim dan orang yang ditindas; Engkau membela mereka supaya orang tidak lagi menakutkan mereka.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel