Doa Minta Tolong
1Lagu ziarah. Dari jurang kesusahan, aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN.
2Ya TUHAN, dengarlah rintihanku, dengarlah seruanku minta tolong.
3Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?
4Tetapi Engkau mengampuni kami, supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.
5Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN, dan berharap kepada firman-Nya.
6Aku menantikan Tuhan, lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.
7Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN, kerana Dia tetap mengasihi dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.
8Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel daripada segala dosa mereka.