Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 141 >> 

Doa Malam

1Mazmur Daud. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN; tolonglah aku sekarang! Dengarlah aku apabila aku berseru kepada-Mu.

2Terimalah doaku sebagai kemenyan, dan sambutlah tangan yang aku tadahkan sebagai korban malam.

3Ya TUHAN, kawallah mulutku, dan jagalah bibirku.

4Jauhkan aku daripada keinginan berbuat jahat, dan daripada pergaulan dengan orang derhaka. Jangan biarkan aku berpesta dengan mereka.

5Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik, tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahat kerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.

6Apabila pemerintah mereka dicampakkan dari tebing batu, barulah mereka akan mengakui bahawa perkataanku benar.

7Seperti kayu yang dibelah dan ditetak kecil-kecil, begitulah juga tulang mereka dihamburkan di tepi kubur.

8Tetapi aku tetap percaya kepada-Mu, ya TUHAN Rajaku; aku mengharapkan perlindungan-Mu; janganlah biarkan aku mati!

9Lindungilah aku dari perangkap yang dipasang untukku, dari jerat yang dipasang oleh orang jahat.

10Biarlah mereka jatuh ke dalam perangkap mereka sendiri, sedangkan aku dapat melepaskan diri dan selamat.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 141 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel