Doa Minta Kemenangan
1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. (20-2) Semoga TUHAN mengabulkan doamu pada waktu kesusahan. Semoga kuasa Allah Yakub melindungi kamu.
2(20-3) Semoga Dia menghantar pertolongan dari Rumah-Nya dan memberi kamu bantuan dari Bukit Sion.
3(20-4) Semoga Dia menerima segala persembahanmu dan berkenan pada segala korbanmu.
4(20-5) Semoga Dia memberi kamu keinginanmu dan menjayakan segala rancanganmu.
5(20-6) Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu, dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita. Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.
6(20-7) Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
7(20-8) Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.
8(20-9) Mereka akan tersandung dan jatuh, tetapi kita akan bangkit dan berdiri teguh.
9(20-10) Berikanlah kemenangan kepada raja, ya TUHAN; jawablah kami apabila kami berseru.