Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 35 >> 

Doa Minta Tolong

1Mazmur Daud. TUHAN, lawanlah orang yang menentang aku, dan tentanglah orang yang memerangi aku.

2Gunakanlah perisai dan baju zirah-Mu, bangkitlah dan tolonglah aku.

3Angkatlah tombak dan lembing-Mu untuk menentang mereka yang mengejar aku. Katakanlah bahawa Engkau penyelamatku.

4Biarlah mereka yang cuba membunuh aku dikalahkan dan dipermalukan. Biarlah mereka yang berkomplot menentang aku dipukul mundur dan dibingungkan.

5Biarlah mereka menjadi seperti sekam yang ditiup angin, ketika dikejar oleh malaikat TUHAN.

6Biarlah jalan mereka gelap dan licin, ketika mereka diburu oleh malaikat TUHAN.

7Tanpa sebarang sebab mereka memasang perangkap untukku dan menggali lubang yang dalam untuk menangkap aku.

8Biarlah mereka ditimpa kebinasaan dengan tidak disangka-sangka, dan dijerat oleh perangkap mereka sendiri lalu jatuh dan binasa.

9Maka aku akan bergembira kerana TUHAN; aku akan bersukacita kerana Dia menyelamatkan aku.

10Dengan sepenuh hati aku akan berkata kepada TUHAN, "Engkau tiada bandingnya. Engkau melindungi orang lemah daripada orang kuat, orang miskin dan sengsara daripada penindas mereka."

11Saksi-saksi jahat menuduh aku, kerana perkara yang tidak aku ketahui.

12Mereka membalas kebaikan dengan kejahatan, dan aku putus harapan.

13Semasa mereka sakit, aku berkabung dan berpuasa; aku berdoa dengan menundukkan kepala,

14seperti mendoakan seorang sahabat atau saudara. Aku tunduk kepala kerana berdukacita, seperti orang yang menangisi kematian ibunya.

15Tetapi waktu aku dalam kesusahan, mereka semua bergembira dan mengerumuni sambil mengejek-ejek aku; orang yang tidak aku kenal terus-menerus memukul aku.

16Seperti orang yang memperolokkan orang lumpuh, mereka memandang aku dengan kebencian.

17Berapa lama lagi, ya Tuhan, Engkau akan membiarkan perkara ini berlaku? Selamatkanlah aku daripada serangan mereka; selamatkanlah nyawaku daripada singa-singa itu!

18Lalu aku akan bersyukur kepada-Mu dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji Engkau dalam pertemuan mereka itu.

19Jangan biarkan musuhku, pendusta itu, mentertawakan kekalahanku! Jangan biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab, bergembira kerana kedukaanku!

20Mereka tidak bercakap dengan ramah; sebaliknya, mereka memfitnah orang yang mencintai kedamaian.

21Mereka menjerit-jerit menuduh aku, "Kami nampak perbuatanmu!"

22Tetapi Engkau, ya TUHAN, tahu akan perkara ini. Kerana itu, janganlah berdiam diri, janganlah jauhkan diri!

23Bangunlah, ya Tuhan, dan belalah aku; bangkitlah, ya Allahku, dan tolonglah aku.

24Belalah aku kerana Engkau adil, ya TUHAN, jangan biarkan musuhku mentertawakan aku.

25Jangan biarkan mereka berkata sesama sendiri, "Itulah yang kami ingini selama ini!" Jangan biarkan mereka berkata, "Kami telah mengalahkan dia!"

26Biarlah orang yang menghina penderitaanku dikalahkan sama sekali dan dibingungkan; biarlah orang yang mengaku diri lebih baik daripada aku diliputi perasaan kesal dan malu.

27Semoga orang yang ingin melihat aku dinyatakan benar, bersorak gembira dan berulang kali berkata, "TUHAN sungguh agung; Dia gembira kerana kemakmuran hamba-Nya!"

28Maka aku akan memberitakan keadilan-Mu, dan aku akan memuji Engkau sepanjang hari.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 35 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel