Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 45 >> 

Lagu Perkahwinan Diraja

1Mazmur puak Korah. Lagu kasih. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung. (45-2) Hati hamba penuh dengan kata-kata yang indah semasa hamba menggubah lagu ini untuk raja; lidah hamba umpama batang pena seorang pujangga.

2(45-3) Tuanku yang paling kacak antara manusia, titah tuanku penuh kebaikan, sebab itu, tuanku diberkati Allah selama-lamanya.

3(45-4) Ikatkan pedang pada pinggang, hai raja perkasa, tuanku sungguh agung dan mulia!

4(45-5) Majulah dengan kemuliaan menuju kemenangan, untuk membela kebenaran dan keadilan, dengan kekuatan tuanku, rebutlah kemenangan yang besar.

5(45-6) Anak panah tuanku yang tajam akan menembusi jantung musuh; bangsa-bangsa akan rebah ke bawah kaki tuanku.

6(45-7) Takhta yang dikurniakan Allah kepada tuanku akan kekal selama-lamanya. Tuanku memerintah rakyat dengan adil;

7(45-8) tuanku mencintai perkara yang benar dan membenci perkara yang jahat. Oleh itu, Allah, Allah tuanku telah memilih tuanku, dan membahagiakan tuanku lebih daripada raja lain.

8(45-9) Pakaian tuanku berbau mur, gaharu, dan cendana; pemuzik di istana gading membuat tuanku gembira.

9(45-10) Antara wanita yang disayangi tuanku terdapat puteri-puteri, dan di sebelah kanan takhta tuanku berdiri permaisuri yang memakai perhiasan emas murni.

10(45-11) Dengarlah kata-kata hamba, hai permaisuri, lupakanlah bangsa serta kerabat tuanku.

11(45-12) Kecantikan tuanku memikat hati raja, tuanku milik baginda, taatlah kepada baginda.

12(45-13) Rakyat Tirus akan membawa hadiah untuk tuanku, orang kaya akan mencuba mengambil hati tuanku.

13(45-14) Puteri masuk dengan penuh seri, pakaiannya bersulam benang emas.

14(45-15) Dengan pakaian berwarna-warni puteri dibawa menghadap raja, diiringi oleh anak-anak dara, yang juga dibawa menghadap raja.

15(45-16) Dengan sorakan yang gembira, mereka masuk ke istana raja.

16(45-17) Tuanku, raja hamba akan mempunyai banyak putera, untuk meneruskan kerajaan nenek moyang tuanku, dan tuanku akan menjadikan mereka pemerintah di seluruh dunia.

17(45-18) Lagu hamba akan mengekalkan kemasyhuran tuanku turun-temurun, dan bangsa-bangsa akan memuji tuanku selama-lamanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 45 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel