Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 6 >> 

Doa Minta Tolong

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud. (6-2) Ya TUHAN, janganlah marah aku ketika Engkau murka! Janganlah hukum aku ketika Engkau marah!

2(6-3) Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku penat; pulihkanlah aku kerana aku sungguh letih.

3(6-4) Hatiku resah gelisah. Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN?

4(6-5) TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku, selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu.

5(6-6) Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.

6(6-7) Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan; setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan; bantalku dibasahi air mata.

7(6-8) Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis, semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku.

8(6-9) Nyahlah, hai orang jahat! TUHAN mendengar tangisanku;

9(6-10) Dia mendengar permohonanku, dan mengabulkan doaku.

10(6-11) Semua musuhku akan cemas dan malu dan segera mundur dengan tersipu-sipu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran