Lagu Kesyukuran
1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur. Lagu. (67-2) Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami; pandanglah kami dengan senang hati,
2(67-3) supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu, dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.
3(67-4) Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!
4(67-5) Semoga bangsa-bangsa bergembira dan menyanyi dengan sukacita, kerana Engkau menghakimi orang dengan adil dan membimbing setiap bangsa di bumi.
5(67-6) Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!
6(67-7) Tanah telah mengeluarkan hasilnya; Allah, Allah kita, telah memberkati kita.
7(67-8) Allah telah memberkati kita; semoga semua orang di seluruh dunia menghormati Dia.