Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 94 >> 

Allah Menghakimi Semua Orang

1Ya TUHAN, Engkaulah Allah yang menghukum orang bersalah; tunjukkanlah kemurkaan-Mu!

2Engkaulah hakim semua orang; bangkitlah dan balaslah orang sombong, setimpal dengan perbuatan mereka.

3Berapa lama lagi orang jahat akan bersuka-suka? Berapa lama lagi mereka berbuat begitu, ya TUHAN?

4Berapa lama lagi penjahat akan bercakap dengan sombong, dan membanggakan kejahatan mereka?

5Mereka menghancurkan umat-Mu, ya TUHAN; mereka menindas orang yang menjadi milik-Mu.

6Mereka membunuh balu dan anak yatim, serta orang asing yang tinggal di negeri kami.

7Mereka berkata, "TUHAN tidak nampak kami; Allah umat Israel tidak melihat perbuatan kami."

8Hai umatku, mengapakah kamu begitu bodoh? Bilakah kamu dapat faham?

9Allah menjadikan telinga -- pasti Dia dapat mendengar. Dia menjadikan mata -- pasti Dia dapat melihat.

10Dia yang memarahi bangsa-bangsa -- pasti Dia menghukum mereka. Dia guru semua orang -- pasti Dia berpengetahuan.

11TUHAN tahu akan fikiran manusia; Dia tahu bahawa semuanya sia-sia belaka.

12Ya TUHAN, berbahagialah orang yang Engkau didik, orang yang Engkau ajarkan hukum-Mu.

13Engkau menenangkan dia pada masa kesusahan, sehingga lubang digali untuk memerangkap orang jahat.

14TUHAN tidak akan meninggalkan umat-Nya; Dia tidak akan mengabaikan orang yang menjadi milik-Nya.

15Keadilan akan ditegakkan lagi di mahkamah, dan semua orang jujur akan menyokongnya.

16Siapakah yang membela aku terhadap orang zalim? Siapakah yang memihak aku menentang orang jahat?

17Jika TUHAN tidak menolong aku, pasti aku sudah pun sampai ke dunia orang mati.

18Waktu aku berfikir bahawa aku akan jatuh, kasih-Mu, ya TUHAN, menopang aku.

19Ketika aku bimbang dan khuatir, Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.

20Engkau tidak bersekutu dengan hakim yang tidak adil, yang mengesahkan perkara yang melanggar hukum;

21mereka bersekongkol melawan orang baik, dan menghukum mati orang yang tidak bersalah.

22Tetapi TUHAN membela aku; Allahku melindungi aku.

23Dia akan menghukum orang jahat kerana kezaliman mereka, dan membinasakan mereka kerana dosa mereka; TUHAN, Allah kita akan membinasakan mereka.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 94 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel