Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Nehemia 7 >> 

1Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.

2Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.

3Aku memberitahu mereka supaya tidak membuka pintu gerbang sebelum matahari terbit, dan supaya menutupnya dengan memasang palang sebelum para pengawal pulang pada petang hari. Aku juga menyuruh mereka melantik beberapa orang pengawal di kalangan penduduk Yerusalem, dan menugaskan sebilangan daripada mereka di tempat-tempat yang tertentu, sedangkan yang lain meronda di sekeliling rumah masing-masing.

Senarai Nama Orang yang Kembali dari Pembuangan

4Yerusalem kota yang besar, tetapi penduduknya tidak ramai, dan belum banyak rumah yang dibina di situ.

5Kemudian Allah memberi aku ilham untuk mengumpulkan rakyat dan para pemimpin serta pegawai mereka, supaya aku dapat membanci mereka berdasarkan daftar salasilah. Pada masa itu aku menjumpai catatan tentang orang yang pertama-tama pulang dari pembuangan. Berikut ini adalah keterangan yang aku dapati daripada catatan itu:

6Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan wilayah Babel dan pulang ke Yerusalem dan Yehuda, masing-masing ke kotanya sendiri. Keluarga mereka telah lama hidup dalam buangan di Babilonia, sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan.

7Pemimpin-pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana.

8Inilah senarai puak-puak Israel, dengan jumlah orang daripada setiap puak yang kembali dari pembuangan: Paros -- 2,172; Sefaca -- 372; Arakh -- 652; Pahat-Moab (keturunan Yesua dan Yoab) -- 2,818; Elam -- 1,254; Zatu -- 845; Zakai -- 760; Binui -- 648; Bebai -- 628; Azgad -- 2,322; Adonikam -- 667; Bigwai -- 2,067; Adin -- 655; Ater (yang juga disebut Hizkia) -- 98; Hasum -- 328; Bezai -- 324; Harif -- 112; Gibeon -- 95

9(7:8)

10(7:8)

11(7:8)

12(7:8)

13(7:8)

14(7:8)

15(7:8)

16(7:8)

17(7:8)

18(7:8)

19(7:8)

20(7:8)

21(7:8)

22(7:8)

23(7:8)

24(7:8)

25(7:8)

26Orang yang nenek moyang mereka dahulu tinggal di kota-kota berikut, juga kembali dari pembuangan: Betlehem dan Netofa -- 188; Anatot -- 128; Bet-Azmawet -- 42; Kiryat-Yearim, Kefira, dan Beerot -- 743; Rama dan Gaba -- 621; Mikhmas -- 122; Betel dan Ai -- 123; Nebo yang lain -- 52; Elam yang lain -- 1,254; Harim -- 320; Yerikho -- 345; Lod, Hadid, dan Ono -- 721; Senaa -- 3,930

27(7:26)

28(7:26)

29(7:26)

30(7:26)

31(7:26)

32(7:26)

33(7:26)

34(7:26)

35(7:26)

36(7:26)

37(7:26)

38(7:26)

39Berikut ialah senarai puak para imam yang kembali dari pembuangan: Yedaya (keturunan Yesua) -- 973; Imer -- 1,052; Pasyhur -- 1,247; Harim -- 1,017

40(7:39)

41(7:39)

42(7:39)

43Berikut ialah keturunan puak Lewi yang kembali dari pembuangan: Yesua dan Kadmiel (keturunan Hodewa) -- 74; Pemain muzik di Rumah TUHAN (keturunan Asaf) -- 148; Penjaga pintu gerbang di Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai) -- 138

44(7:43)

45(7:43)

46Berikut ialah senarai puak pekerja di Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan: Ziha, Hasufa, Tabaot, Keros, Sia, Padon, Lebana, Hagaba, Salmai, Hanan, Gidel, Gahar, Reaya, Rezin, Nekoda, Gazam, Uza, Paseah, Besai, Meunim, Nefusim, Bakbuk, Hakufa, Harhur, Bazlit, Mehida, Harsa, Barkos, Sisera, Temah, Neziah, dan Hatifa.

47(7:46)

48(7:46)

49(7:46)

50(7:46)

51(7:46)

52(7:46)

53(7:46)

54(7:46)

55(7:46)

56(7:46)

57Berikut ialah puak-puak hamba Salomo yang kembali dari pembuangan: Sotai, Soferet, Perida, Yaala, Darkon, Gidel, Sefaca, Hatil, Pokheret-Hazebaim, dan Amon.

58(7:57)

59(7:57)

60Jumlah seluruh keturunan pekerja Rumah TUHAN dan hamba-hamba Salomo yang kembali dari pembuangan adalah 392 orang.

61Sebanyak 642 orang daripada puak Delaya, Tobia, dan Nekoda berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adon, dan Imer; tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.

62(7:61)

63Puak-puak para imam yang berikut tidak dapat menemukan catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Seorang daripada nenek moyang puak imam Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan daripada puak Barzilai di Gilead, dan memakai nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam.

64(7:63)

65Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.

66Jumlah orang buangan yang pulang ke negeri mereka adalah 42,360 orang. Selain mereka, pulang juga pembantu mereka, lelaki dan perempuan sejumlah 7,337 orang, dan para penyanyi, lelaki dan perempuan sejumlah 245 orang. Mereka juga membawa binatang mereka: kuda -- 736; baghal -- 245; unta -- 435; keldai -- 6,720

67(7:66)

68(7:66)

69(7:66)

70Banyak orang yang memberikan sumbangan untuk menanggung biaya perbaikan Rumah TUHAN: Gabenor: -- 8 kilogram emas; -- 50 mangkuk upacara; -- 530 jubah imam; Pemimpin puak: -- 168 kilogram emas; -- 1,250 kilogram perak; Rakyat: -- 168 kilogram emas; -- 140 kilogram perak; -- 67 jubah imam

71(7:70)

72(7:70)

73Para imam, orang Lewi, pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN, para penyanyi, dan banyak daripada rakyat jelata, para pekerja di Rumah TUHAN, pendek kata semua orang Israel, menetap di pekan-pekan dan di kota-kota Yehuda.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Nehemia 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel