Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 9 >> 

Yerusalem Dihukum

1Kemudian aku mendengar Allah berseru, "Marilah, kamu yang akan menghukum kota ini. Bawalah senjata kamu."

2Segera enam orang lelaki datang dari sebelah luar pintu gerbang utara Rumah TUHAN, dan masing-masing membawa senjata. Mereka disertai oleh seorang yang berpakaian linen dan membawa alat untuk menulis. Mereka semua datang dan berdiri dekat mazbah gangsa.

3Lalu cahaya yang berkilauan, yang menandakan hadirat Allah Israel, terangkat ke atas daripada kerub-kerub dan bergerak dari tempatnya lalu menuju ke pintu masuk Rumah TUHAN. TUHAN memanggil orang yang berpakaian linen itu, dan berfirman,

4"Jelajahilah seluruh kota Yerusalem dan bubuhlah tanda pada dahi setiap orang yang sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan di kota itu."

5Aku mendengar Allah berfirman kepada lelaki-lelaki yang lain, "Ikutlah dia ke seluruh kota dan bunuhlah setiap orang. Jangan lepaskan seorang pun. Jangan kasihani sesiapa pun.

6Bunuhlah orang tua, teruna, dara, ibu, dan kanak-kanak. Tetapi jangan sentuh seorang pun yang mempunyai tanda pada dahi. Mulalah dari sini, dari Rumah-Ku." Oleh itu mereka memulakan tugas dengan membunuh para pemimpin yang berdiri di Rumah TUHAN.

7Allah berfirman kepada mereka, "Cemarkanlah Rumah TUHAN. Penuhilah halaman-halamannya dengan mayat. Mulalah bekerja!" Mereka pun mula membunuh orang di kota itu.

8Sedang pembunuhan itu berlaku, aku berada di situ seorang diri. Aku bersujud sambil berseru, "Ya TUHAN Raja, adakah Engkau sangat murka terhadap Yerusalem sehingga Engkau mahu membunuh setiap orang yang masih hidup di Israel?"

9Allah menjawab, "Penduduk Israel dan Yehuda telah melakukan dosa yang amat besar. Mereka melakukan pembunuhan di seluruh negeri, dan memenuhi Yerusalem dengan jenayah. Mereka berkata bahawa Aku, TUHAN, telah meninggalkan negeri mereka, dan Aku tidak nampak mereka.

10Tetapi Aku tidak akan mengasihani mereka. Aku akan memperlakukan mereka sebagaimana mereka memperlakukan orang lain."

11Kemudian orang yang berpakaian linen itu kembali dan memberikan laporan kepada TUHAN, "Aku sudah melaksanakan perintah-Mu."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel