Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yeremia 37 >> 

Permintaan Raja Zedekia kepada Yeremia

1Raja Nebukadnezar dari Babilonia, melantik Raja Zedekia putera Raja Yosia menjadi raja Yehuda untuk menggantikan Raja Yoyakhin putera Raja Yoyakim.

2Tetapi Raja Zedekia, pegawai-pegawainya, dan rakyat tidak taat kepada perkhabaran TUHAN yang diberikan-Nya melalui aku.

3Raja Zedekia menyuruh Yukhal anak Selemya, dan Imam Zefanya anak Maaseya untuk minta supaya aku berdoa kepada TUHAN, Allah kita, bagi negeri kita.

4Ketika itu aku belum dipenjarakan dan masih bebas bergerak antara rakyat.

5Tentera Babilonia sedang mengepung Yerusalem. Tetapi apabila mereka mendengar bahawa tentera Mesir sudah keluar dari Mesir untuk berperang, mereka berundur.

6Kemudian TUHAN, Allah Israel, menyuruh aku

7berkata kepada Raja Zedekia, "Tentera Mesir sedang datang untuk menolongmu, tetapi mereka akan pulang.

8Selepas itu tentera Babilonia akan datang lagi dan menyerang kota ini; mereka akan merebut dan membakarnya.

9Aku, TUHAN memberi kamu amaran supaya jangan tipu diri kamu sendiri dengan berfikir bahawa tentera Babilonia tidak akan kembali. Mereka pasti akan kembali.

10Andaikata kamu berjaya mengalahkan seluruh tentera Babilonia, sehingga yang tinggal hanya orang yang luka parah di dalam khemah-khemah, namun mereka akan bangun dan membakar kota ini sampai musnah."

Yeremia Ditangkap dan Dipenjarakan

11Tentera Babilonia meninggalkan Yerusalem kerana tentera Mesir bergerak maju ke kota itu.

12Oleh itu aku meninggalkan Yerusalem dan pergi ke wilayah Benyamin untuk menerima warisanku daripada keluargaku.

13Tetapi apabila aku sampai di Pintu Gerbang Benyamin, seorang pegawai tentera yang bertugas di situ, yang bernama Yeria anak Selemya dan cucu Hananya, menahan aku dan berkata, "Engkau mahu lari ke pihak orang Babilonia!"

14Aku berkata, "Tidak! Aku tidak bermaksud lari ke pihak musuh." Tetapi Yeria tidak percaya. Dia menangkap aku dan membawa aku kepada pegawai-pegawai tentera.

15Mereka marah terhadap aku dan memberikan perintah supaya aku dipukul dan ditahan di rumah Yonatan, setiausaha negara. Pada masa itu rumahnya telah dijadikan penjara.

16Aku dimasukkan ke dalam sebuah bilik di bawah tanah, dan aku ditahan lama di situ.

17Kemudian Raja Zedekia memanggil aku menghadapnya di istana. Di situ secara rahsia raja bertanya kepadaku, "Adakah perkhabaran apa-apa daripada TUHAN?" "Ada," jawabku. "Tuanku akan diserahkan kepada raja Babilonia."

18Lalu aku bertanya kepadanya, "Apakah kesalahan hamba terhadap tuanku, pegawai-pegawai tuanku, dan rakyat, sehingga tuanku memasukkan hamba di dalam penjara?

19Di manakah nabi-nabi tuanku yang meramalkan raja Babilonia tidak akan menyerang tuanku dan negeri ini?

20Sekarang, sudilah tuanku mendengarkan hamba dan mengabulkan permintaan hamba. Tolong jangan masukkan hamba ke penjara lagi di rumah Yonatan, kerana hamba akan mati di sana."

21Oleh itu Raja Zedekia memerintahkan supaya aku ditahan di halaman istana. Aku tinggal di situ, dan setiap hari aku diberikan sebuku roti dari tempat membuat roti, sampai kota itu kehabisan roti.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yeremia 37 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel