Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 24 >> 

TUHAN Akan Menghukum Bumi

1TUHAN akan memusnahkan bumi sehingga menjadi tandus dan sepi. Dia akan membalikkan permukaan bumi dan mencerai-beraikan penduduknya.

2Tiap-tiap orang akan menemui kesudahan yang sama -- imam dan rakyat, hamba dan tuan, pembeli dan penjual, peminjam wang dan orang yang meminjamkan wang, yang kaya dan yang miskin.

3Bumi akan hancur dan musnah. TUHAN telah berfirman dan hal itu pasti berlaku.

4Bumi akan kering dan layu; seluruh dunia akan menjadi lemah; langit dan bumi akan rosak.

5Bumi tercemar kerana manusia melanggar hukum-hukum Allah dan telah memungkiri perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan mereka untuk selama-lamanya.

6Oleh itu Allah telah mengutuk bumi. Manusia akan menerima balasan bagi perbuatan mereka, dan orang yang terselamat kian lama kian sedikit.

7Pokok anggur akan layu, dan wain akan berkurangan. Orang yang dahulu bersukacita, sekarang berdukacita.

8Muzik gembira daripada kecapi dan rebana tidak kedengaran lagi.

9Tiada lagi orang yang minum wain sambil bernyanyi; tiada lagi orang yang menikmati minuman keras.

10Seluruh kota menjadi kacau-bilau. Semua orang mengunci pintu rumah untuk keselamatan.

11Orang berteriak-teriak di jalan kerana kehabisan wain. Kebahagiaan telah dihapuskan dari bumi selama-lamanya.

12Kota telah musnah, dan pintu-pintu gerbangnya sudah roboh.

13Itulah yang akan berlaku kepada tiap-tiap bangsa di seluruh dunia. Hal itu sama seperti akhir musim menuai, apabila buah zaitun habis diambil dan buah anggur habis dipetik.

14Orang yang terselamat akan bernyanyi dengan sukacita. Orang di barat akan memberitakan keagungan TUHAN,

15dan orang di timur akan memuji Dia. Penduduk di kawasan pantai akan memuji TUHAN, Allah Israel.

16Dari negeri-negeri yang paling jauh, akan terdengar lagu pujian untuk Allah Yang Maha Adil. Tetapi bagiku sendiri tidak ada harapan! Aku merana! Para pengkhianat terus mengkhianati aku; muslihat mereka bertambah dahsyat.

17Dengarlah, hai semua orang! Ketakutan, lubang, dan perangkap sedang menanti kamu.

18Sesiapa cuba melarikan diri daripada ketakutan itu akan jatuh ke dalam lubang, dan sesiapa yang terlepas daripada lubang itu akan masuk ke dalam perangkap. Hujan deras akan mencurah dari langit dan dasar bumi akan goncang.

19Bumi akan retak, terbelah, dan hancur.

20Bumi akan terhuyung-hayang seperti orang mabuk, dan goyang seperti pondok yang kena angin ribut. Bumi roboh kerana berat dosanya, lalu hancur dan tidak akan bangkit lagi.

21Masanya akan tiba apabila TUHAN menghukum para penguasa di angkasa dan raja-raja di bumi.

22Allah akan mengumpulkan raja-raja seperti orang tawanan di dalam sebuah lubang. Mereka akan dipenjarakan oleh-Nya sehingga hari hukuman mereka tiba.

23Bulan akan menjadi gelap dan matahari tidak lagi bercahaya, kerana TUHAN Yang Maha Kuasa akan menjadi raja. Dia akan memerintah di Bukit Sion di Yerusalem, dan menyatakan kemuliaan-Nya kepada para pemimpin umat-Nya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel