Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 31 >> 

Allah Akan Melindungi Yerusalem

1Malanglah orang yang pergi ke Mesir untuk minta tolong! Mereka bersandar kepada kekuatan angkatan perang Mesir -- kuda, kereta kuda, dan askar. Tetapi mereka tidak bergantung kepada TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci atau minta pertolongan-Nya.

2TUHAN bijaksana dan tahu apa yang dibuat-Nya. Dia mendatangkan bencana, dan melaksanakan ancaman-Nya untuk menghukum orang jahat serta orang yang menolong mereka.

3Orang Mesir bukannya tuhan; mereka insan belaka. Kuda mereka makhluk yang lemah, bukan roh yang berkuasa. Apabila TUHAN bertindak, bangsa kuat akan jatuh, dan bangsa lemah yang ditolong mereka pun akan jatuh. Kedua-duanya akan musnah.

4TUHAN berfirman kepadaku, "Walaupun para gembala berteriak dan memekik, mereka tidak dapat mengusir singa daripada binatang yang sudah dibunuhnya. Demikian juga tiada apa-apa pun dapat menghalang Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, daripada melindungi Bukit Sion.

5Sebagaimana seekor burung terbang di sekitar sarangnya untuk melindungi anak-anaknya, demikian juga Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, akan melindungi, membela, dan menyelamatkan Yerusalem."

6TUHAN berfirman, "Hai umat Israel, kamu telah berdosa terhadap-Ku dan menentang Aku. Tetapi sekarang kembalilah kepada-Ku!

7Masanya akan tiba apabila kamu semua akan membuang patung-patung berhala daripada perak dan emas, yang kamu buat dengan tangan yang penuh dosa.

8Asyur akan dimusnahkan dalam perang, tetapi bukan dengan kekuatan manusia. Orang Asyur akan lari meninggalkan medan perang, dan para pemuda mereka akan dijadikan abdi.

9Raja mereka akan lari ketakutan, dan para pegawai tenteranya sangat takut sehingga meninggalkan panji-panji perang." TUHAN telah berfirman -- TUHAN yang disembah dan dihormati dengan membakar korban di Yerusalem.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 31 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran