Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 38 >> 

Raja Hizkia Disembuhkan

1Kira-kira pada masa itu, Raja Hizkia gering dan hampir mangkat. Nabi Yesaya anak Amos menemui raja dan berkata kepada baginda, "Menurut firman TUHAN, hendaklah tuanku selesaikan segala urusan tuanku, kerana tuanku tidak akan sembuh. Tuanku akan mangkat."

2Raja Hizkia memalingkan mukanya ke tembok lalu berdoa,

3"Ingatlah, ya TUHAN, bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan taat dan setia, dan bahawa aku sentiasa berusaha untuk melakukan kehendak-Mu." Lalu raja menangis dengan pilu.

4Kemudian TUHAN menyuruh Yesaya

5kembali kepada Raja Hizkia dan menyampaikan pesan ini, "Aku, TUHAN, Allah yang disembah Daud, nenek moyangmu, telah mendengar doamu dan melihat air matamu. Aku akan menambah usiamu dengan lima belas tahun.

6Aku akan menyelamatkan engkau dan kota Yerusalem daripada raja Asyur. Aku akan terus melindungi kota ini."

7Yesaya menjawab, "TUHAN akan memberi tuanku satu tanda untuk membuktikan bahawa Dia akan menepati janji-Nya.

8TUHAN akan membuat bayangan penunjuk jam matahari yang dibina oleh Raja Ahas, undur sepuluh garis." Maka undurlah bayangan itu sepuluh garis.

9Selepas Raja Hizkia sembuh, baginda menulis lagu pujian ini:

10Kufikir, pada puncak hidupku, aku akan pergi ke dunia orang mati, dan hari tua tidak dapat kualami.

11Kufikir, di dunia orang hidup aku tidak akan memandang TUHAN lagi, atau sesiapa orang yang masih hidup.

12Nyawaku putus, nafas terakhir kuhembus, seperti khemah gembala digulung, seperti kain dipotong dari alat penenun. Kusangka Allah akan mengakhiri hidupku.

13Sepanjang malam aku berteriak kesakitan, seolah-olah singa sedang mematahkan tulangku. Kufikir Allah akan mengakhiri hidupku.

14Suaraku redam dan lemah, aku mengeluh seperti burung merpati. Mataku penat kerana memandang ke langit. Ya Tuhan, selamatkan aku daripada segala kesusahan ini.

15Apakah yang dapat kukatakan? TUHAN telah melakukannya. Hatiku pedih dan aku tidak dapat lena.

16Ya Tuhan, aku rela hidup untuk-Mu, dan untuk-Mu sahaja. Sembuhkanlah aku dan biarlah aku hidup.

17Lalu kepedihanku akan menjadi ketenteraman. Engkau menyelamatkan aku daripada segala bahaya; Engkau mengampunkan segala dosaku.

18Tiada sesiapa pun di alam maut yang dapat memuji-Mu; orang mati tidak dapat mengharapkan kesetiaan-Mu.

19Hanya orang hidup yang memuji Engkau, seperti sekarang aku memuji Engkau. Bapa menceritakan kesetiaan-Mu kepada anak mereka.

20Engkau telah menyembuhkan aku, ya TUHAN. Kami akan memainkan kecapi dan menyanyikan pujian, seumur hidup kami di Rumah TUHAN.

21Yesaya menyuruh orang melumatkan buah ara dan membubuhkannya pada bisul raja supaya raja sembuh.

22Raja Hizkia bertanya, "Apakah tandanya bahawa beta akan dapat pergi ke Rumah TUHAN lagi?"


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 38 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel