Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 1 >> 

Allah Memerintah Yosua Menaklukkan Kanaan

1Selepas kematian Musa hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa.

2TUHAN berfirman, "Hamba-Ku Musa sudah meninggal. Hendaklah kamu bersiap sedia, engkau dan semua umat Israel. Seberangilah Sungai Yordan dan pergilah ke tanah yang hendak Aku berikan kepada mereka.

3Aku telah memberitahu Musa bahawa seluruh tanah yang kamu jejaki telah Aku berikan kepadamu dan kepada semua umat-Ku.

4Sempadan wilayah kamu akan bermula dari gurun di sebelah selatan sampai ke Pergunungan Lebanon di sebelah utara; dari sungai yang besar, iaitu Sungai Efrat di sebelah timur dan meliputi negeri orang Het, sampai ke Laut Tengah di sebelah barat.

5Hai Yosua, tidak seorang pun akan dapat mengalahkan engkau selama engkau hidup. Aku akan menyertai engkau sebagaimana Aku telah menyertai Musa. Aku akan sentiasa menyertai engkau, dan tidak sekali-kali meninggalkan engkau.

6Hendaklah engkau yakin dan berani, kerana engkau akan menjadi pemimpin umat ini apabila mereka menakluki tanah yang Kujanjikan kepada nenek moyang mereka.

7Hendaklah engkau yakin dan berani, dan pastikanlah supaya engkau mentaati seluruh Taurat yang diberikan oleh hamba-Ku, Musa kepadamu. Jangan lalaikan mana-mana bahagian Taurat itu, supaya engkau berjaya ke mana pun engkau pergi.

8Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umat-Ku semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian engkau akan makmur dan berjaya.

9Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi."

Yosua Memberikan Arahan kepada Umat Israel

10Selepas itu Yosua mengarah para pemimpin Israel supaya

11berkeliling di seluruh perkhemahan dan memberitahu umat itu, "Siapkanlah makanan kerana tiga hari lagi kamu akan menyeberangi Sungai Yordan untuk menakluki tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu."

12Yosua berkata kepada suku-suku Ruben, Gad, dan setengah daripada suku Manasye,

13"Ingatlah! Musa, hamba TUHAN itu sudah memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan untuk menjadi tempat tinggal kamu.

14Anak dan isteri kamu serta ternakan kamu harus tinggal di sini, tetapi askar-askar kamu harus bersedia untuk berperang. Mereka harus menyeberangi sungai lebih dahulu daripada umat Israel untuk menolong sesama bangsa kamu,

15sehingga mereka menakluki tanah di sebelah barat Sungai Yordan, yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada mereka. Selepas Dia memberikan keamanan kepada semua suku Israel, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah kamu sendiri, tanah yang di sebelah timur Sungai Yordan, yang diberikan oleh Musa, hamba TUHAN itu kepada kamu."

16Mereka berkata kepada Yosua, "Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi.

17Kami akan taat kepada tuan sebagaimana kami sentiasa taat kepada Musa. Semoga TUHAN, Allah tuan menyertai tuan sebagaimana Dia telah menyertai Musa!

18Setiap orang yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan tuan atau tidak taat kepada salah satu perintah tuan akan dihukum mati. Hendaklah tuan yakin dan berani!"


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran