Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 14 >> 

Pembahagian Tanah di sebelah Barat Sungai Yordan

1Berikut ini ialah kisah tentang cara tanah Kanaan di sebelah barat Sungai Yordan dibahagi-bahagikan kepada umat Israel. Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para pemimpin daripada keluarga-keluarga suku Israel membahagi-bahagikan tanah itu.

2Sebagaimana yang telah diperintahkan TUHAN kepada Musa, wilayah-wilayah di sebelah barat Sungai Yordan untuk suku-suku yang sembilan setengah itu, dibahagi-bahagikan dengan membuang undi.

3Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan kepada suku-suku yang dua setengah. (Keturunan Yusuf terbahagi menjadi dua suku, iaitu Manasye dan Efraim.) Tetapi Musa tidak memberi suku Lewi tanah dari wilayah mana pun. Sebaliknya, mereka diberi kota-kota sebagai tempat tinggal dengan padang rumput untuk ternakan mereka.

4(14:3)

5Demikianlah umat Israel membahagi-bahagikan tanah itu sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

Hebron Diberikan kepada Kaleb

6Pada suatu hari, beberapa orang daripada suku Yehuda menghadap Yosua di Gilgal. Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepadanya, "Tuan tahu akan firman TUHAN kepada Musa, hamba Allah, tentang kita berdua semasa kita di Kades-Barnea.

7Ketika Musa, hamba TUHAN, mengutus saya dari Kades-Barnea untuk mengintip negeri ini, saya berumur empat puluh tahun. Saya kembali kepadanya dengan membawa laporan yang benar,

8sedangkan orang lain yang mengintip bersama-sama saya menakut-nakutkan umat Israel. Tetapi saya taat kepada TUHAN, Allah saya.

9Oleh sebab itu, Musa berjanji bahawa saya dan anak-anak saya pasti akan mendapat tanah yang telah saya pijak itu sebagai milik kami.

10Sekarang empat puluh lima tahun sudah berlalu sejak TUHAN berfirman kepada Musa tentang hal itu. Pada masa itu umat Israel mengembara di gurun. Sejak itu TUHAN telah menjaga saya supaya saya tetap hidup, menurut janji-Nya. Lihatlah! Sekarang saya sudah berumur lapan puluh lima tahun

11dan masih sekuat dahulu, ketika Musa mengutus saya. Saya masih kuat untuk berperang atau melakukan apa-apa saja.

12Oleh itu, berikanlah kawasan perbukitan itu kepada saya, tanah yang dijanjikan TUHAN kepada saya pada hari saya dan orang yang bersama-sama saya memberikan laporan. Pada masa itu tuan sendiri mendengar bahawa bangsa raksasa yang disebut Enak tinggal di kawasan itu di dalam kota-kota besar yang berkubu. Mungkin TUHAN akan menyertai saya, maka saya akan dapat mengusir mereka sebagaimana yang difirmankan TUHAN."

13Yosua memberkati Kaleb anak Yefune dan memberi dia kota Hebron sebagai miliknya.

14Sampai sekarang Hebron masih dimiliki keturunan Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, kerana dia taat dan setia kepada TUHAN, Allah umat Israel.

15Sebelum itu Hebron disebut kota milik Arba. (Arba ialah orang Enak yang paling agung.) Sekarang negeri itu aman kerana tidak ada peperangan lagi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel