Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 16 >> 

Wilayah yang Diberikan kepada Suku Efraim dan Suku Manasye Barat

1Sempadan di bahagian selatan tanah yang diberikan kepada keturunan Yusuf bermula dari Sungai Yordan dekat Yerikho, di satu tempat di sebelah timur mata air Yerikho, sampai ke kawasan gurun. Sempadan itu bermula dari Yerikho lalu naik ke kawasan perbukitan sampai ke Betel.

2Dari Betel sempadan itu menuju ke Lus melalui Atarot, tempat tinggal orang Arki.

3Kemudian sempadan itu menuju ke sebelah barat, ke kawasan orang Yaflet, sampai ke kawasan Bet-Horon-Hilir. Dari situ sempadan itu menuju ke Gezer, lalu berakhir di Laut Tengah.

4Itulah wilayah yang diterima oleh keturunan Yusuf, iaitu suku Efraim dan suku Manasye Barat, sebagai milik mereka.

Wilayah Suku Efraim

5Berikut ialah wilayah yang diterima oleh keluarga-keluarga suku Efraim: sempadannya bermula dari Atarot-Adar, menghala ke timur sampai ke Bet-Horon-Hulu.

6Dari situ sempadan itu menuju ke Laut Tengah. Mikhmetat terletak di bahagian utara wilayah itu. Dari situ, di sebelah timur, sempadan membelok ke arah Taanat-Silo. Sempadan itu melalui kota Taanat-Silo di bahagian timur, lalu ke Yanoah.

7Kemudian sempadan itu turun dari Yanoah ke Atarot dan Naharat, sampai ke Yerikho dan berakhir di Sungai Yordan.

8Sempadan itu menghala ke barat bermula dari Tapuah sampai ke Sungai Kana, lalu berakhir di Laut Tengah. Itulah tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga suku Efraim sebagai milik mereka,

9bersama dengan pekan-pekan dan kampung-kampung yang terletak di dalam wilayah Manasye, tetapi yang diberikan kepada suku Efraim.

10Namun mereka tidak mengusir orang Kanaan yang tinggal di Gezer. Oleh itu sampai sekarang orang Kanaan masih tinggal di kalangan suku Efraim, tetapi mereka dipaksa menjadi abdi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel