Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 23 >> 

Ucapan Perpisahan Yosua

1Lama selepas itu, TUHAN memberikan keamanan kepada umat Israel; mereka tidak lagi diganggu oleh ancaman musuh di sekitar mereka. Pada waktu itu Yosua sudah sangat tua.

2Maka dia mengumpulkan semua orang Israel, termasuk para pemuka, para pemimpin, para hakim, dan para pegawai, lalu Yosua berkata, "Sekarang saya sudah sangat tua.

3Kamu telah melihat segala yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu terhadap bangsa-bangsa ini untuk kamu. TUHAN, Allah kamu telah berperang untuk kamu.

4Saya sudah membahagi-bahagikan tanah bangsa-bangsa ini kepada suku-suku kamu sebagai milik kamu, baik tanah yang belum ditaklukkan mahupun tanah yang sudah ditaklukkan, bermula dari Sungai Yordan di sebelah timur sampai ke Laut Tengah di sebelah barat.

5TUHAN, Allah kamu akan menyebabkan mereka berundur dan lari daripada kamu apabila kamu memerangi mereka. Kamu akan memiliki tanah mereka sebagaimana yang telah dijanjikan oleh TUHAN, Allah kamu.

6Oleh itu, kamu harus bersungguh-sungguh mentaati dan melakukan segala sesuatu yang tercatat di dalam Kitab Taurat Musa. Jangan langgar satu pun daripada hukum itu.

7Dengan demikian kamu tidak akan bergaul dengan bangsa-bangsa yang masih di kalangan kamu; kamu tidak akan menyebut nama dewa-dewa mereka dan tidak akan menggunakan nama-nama itu untuk bersumpah; kamu tidak akan bersembahyang atau bersujud kepada dewa-dewa itu.

8Sebaliknya, setialah kepada TUHAN sebagaimana kamu telah setia kepada-Nya sampai sekarang.

9TUHAN telah mengusir bangsa-bangsa yang besar dan kuat apabila kamu memerangi mereka; tidak pernah seorang pun berjaya menentang kamu.

10Satu orang di kalangan kamu dapat mengalahkan seribu orang musuh, kerana TUHAN, Allah kamu berperang untuk kamu sebagaimana yang dijanjikan-Nya.

11Oleh itu, kamu harus bersungguh-sungguh mengasihi TUHAN, Allah kamu.

12Jika kamu tidak setia, dan kamu bersahabat dengan bangsa-bangsa yang masih di tengah-tengah kamu, dan kamu berkahwin dengan mereka,

13pasti TUHAN, Allah kamu tidak lagi akan mengusir bangsa-bangsa itu apabila kamu memerangi mereka. Bangsa-bangsa itu akan berbahaya sekali bagi kamu kerana mereka akan menjadi seperti jerat atau seperti perangkap untuk kamu. Mereka juga akan menyebabkan kamu sangat menderita kerana mereka akan menjadi seperti cambuk pada belakang kamu, atau seperti duri di dalam mata kamu. Kamu akan terus menderita sehingga tidak seorang pun tinggal di tanah baik ini yang diberikan TUHAN kepada kamu.

14Sekarang sudah masanya saya meninggal. Kamu masing-masing tahu betul bahawa TUHAN, Allah kamu telah memberi kamu segala yang baik, yang dijanjikan-Nya. Setiap janji-Nya telah ditepati; tiada satu pun yang dimungkiri-Nya.

15Tetapi sebagaimana Dia menepati setiap janji-Nya kepada kamu, demikian juga Dia akan melaksanakan setiap ancaman-Nya.

16Jika kamu melanggar perjanjian yang diperintahkan TUHAN, Allah kamu untuk ditaati, dan jika kamu mengabdi serta bersembahyang kepada dewa-dewa, TUHAN akan murka dan menghukum kamu. Dalam masa yang singkat kamu semua akan lenyap dari tanah yang baik ini, yang diberikan TUHAN kepada kamu."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 23 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel