Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yunus 1 >> 

Yunus Membantah Perintah TUHAN

1Pada suatu hari, TUHAN berfirman kepada Yunus anak Amitai.

2Dia berfirman, "Pergilah ke Niniwe, kota besar itu, dan kecamlah penduduknya. Aku tahu bahawa penduduknya sangat jahat."

3Tetapi Yunus pergi ke arah lain untuk menjauhi TUHAN. Yunus pergi ke Yope, dan mendapati kapal yang akan belayar ke Sepanyol. Setelah membayar wang tambang, Yunus naik kapal; dia belayar bersama dengan anak-anak kapal ke Sepanyol, supaya dia dapat menjauhkan diri daripada TUHAN.

4Yunus turun ke tempat yang paling bawah dan berbaring di situ, lalu dia tertidur dengan nyenyak. Kemudian TUHAN mendatangkan angin kencang ke laut, lalu terjadilah angin ribut yang dahsyat, yang memukul kapal itu sehingga hampir hancur. Anak-anak kapal sangat takut dan berteriak-teriak minta tolong, masing-masing kepada dewa mereka sendiri. Mereka membuang muatan kapal itu ke dalam laut untuk mengurangi bahaya.

5(1:4)

6Apabila kapten kapal itu turun ke bawah, dia menjumpai Yunus sedang tidur di situ. Kapten itu berkata, "Bagaimana engkau dapat tidur dalam keadaan begini? Bangunlah! Berdoalah minta tolong kepada dewamu. Mungkin dia akan mengasihani kita, dan kita tidak akan binasa."

7Setelah Yunus dan kapten kapal itu naik ke atas, para anak kapal berkata sesama sendiri, "Marilah kita buang undi supaya kita tahu siapa yang bersalah, sehingga kita ditimpa bencana ini!" Mereka membuang undi, lalu Yunus yang kena undi.

8Mereka berkata kepada Yunus, "Betulkah engkau yang menyebabkan bencana ini? Engkau dari mana dan bangsa apa? Mengapa engkau berada di sini?"

9Yunus menjawab, "Aku orang Ibrani. Aku menyembah TUHAN, Allah di syurga, yang mencipta laut dan darat."

10Kemudian Yunus menceritakan bahawa dia melarikan diri daripada TUHAN. Mendengar hal itu para anak kapal menjadi lebih takut lagi, dan berkata kepadanya, "Perbuatanmu itu sungguh dahsyat!"

11Sementara itu angin ribut semakin kencang, lalu para anak kapal bertanya kepada Yunus, "Apakah yang harus kami lakukan kepadamu supaya angin ribut ini reda?"

12Yunus menjawab, "Buanglah aku ke dalam laut, lalu angin ribut tentu akan reda. Aku tahu bahawa akulah yang menyebabkan angin ribut yang dahsyat ini menimpa kamu semua."

13Tetapi para anak kapal masih berusaha sedaya mungkin untuk mendayung kapal itu ke daratan. Namun angin ribut makin mengamuk juga, sehingga usaha mereka sia-sia belaka.

14Oleh itu mereka berseru kepada TUHAN, "Ya TUHAN, kami mohon, janganlah binasakan kami kerana mengambil nyawa orang yang tidak melakukan kesalahan apa-apa pun terhadap kami. Ya TUHAN, Engkaulah yang bertanggungjawab atas semua hal ini; inilah perbuatan-Mu."

15Kemudian mereka melemparkan Yunus ke dalam laut, lalu angin ribut berhenti mengamuk dengan serta-merta.

16Para anak kapal itu menjadi sangat takut akan TUHAN. Mereka mempersembahkan korban kepada TUHAN dan bernazar kepada-Nya.

17Sementara itu, TUHAN menyuruh seekor ikan besar untuk menelan Yunus. Oleh itu Yunus tinggal di dalam perut ikan selama tiga hari dan tiga malam.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yunus 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel