Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 4 >> 

FATSAL IV.

1MAKA sŭbab itu aku, sa’orang yang tŭrblunggu kŭrna Tuhan, mŭmohonkan kapada kamu, supaya kamu mŭlakukan dŭngan spatutnya dalam jawatan yang kamu dijŭmpot itu.

2Dŭngan amat rŭndah hati, dan lŭmah lŭmbut, sŭrta dŭngan panjang hati, mŭnahani sa’orang akan sa’orang dalam kasih.

3Maka dŭngan sŭbulih bulihnya mŭmliharakan pŭrhubongan Roh itu dŭngan tambatan damie.

4Maka adalah suatu tuboh, dan suatu Roh juga, spŭrti yang kamu sudah dijŭmpot kapada suatu pŭngharapan deripada jŭmpotan kamu itu.

5Suatu juga Tuhan, dan suatu juga iman, dan suatu juga pŭmbaptisan adanya.

6Maka suatu juga Allah, iya itu Ayah bagie sagala manusia, yang diatas sagala sŭsuatu, dan bagie sagala sŭsuatu, dan dalam kamu skalian.

7Maka pada masing masing kami inilah dikurniakannya nikmat mŭnurot ukoran pŭmbrian Almasih.

8Maka sŭbab itulah fŭrman Tuhan, Apabila iya tŭlah naik ka’atas, maka iya tŭlah mŭnawani akan tawanan, sŭrta mŭngurniakan bŭbrapa anugrah pada manusia.

9Adapun derihal iya naik ka’atas itu, apakah itu? mŭlainkan tŭrdahulu iya sudah turon kapada tŭmpat tŭmpat kabawah bumi ini.

10Adapun orang yang sudah turon itu, maka iyalah yang tŭlah naik ka’atas juga, iya itu ka’atas skali sagala langit, supaya kŭlak dipŭnohinya sagala sŭsuatu.

11Maka iyalah yang tŭlah mŭngangkatkan sŭparoh rasul rasul, dan sŭparoh nabi nabi, dan sŭparoh orang orang yang mŭngajar Injil, dan sŭparoh gombala gombala orang, dan guru guru.

12Supaya mŭnjadikan kasampornaan orang orang salih, dan supaya mŭnjadikan pŭkŭrjaan jawatan agama, dan supaya mŭnjadikan bŭrfiedan kapada tuboh Almasih.

13Sahingga kami skalian mŭnjadi pŭrsukutuan iman, dan pŭngŭnalan akan Anak Allah, sampie mŭnjadi sa’orang balir, iya itu kapada ukoran umor sŭlangkap Almasih.

14Supaya janganlah kŭlak kami lagi jadi spŭrti kanak kanak yang puntang panting, dan yang dibawanya kasana kamari ulih jŭnis jŭnis agin pŭngajaran, dŭngan silap manusia, dan daya upaya yang chŭrdik dihŭndapkannya handak mŭnipu;

15Mŭlainkan bŭrkata kata bŭnar dŭngan kasih, supaya kŭlak bŭrtambah tambahlah kami dalam sagala sŭsuatu itu, mŭnurot dia yang mŭnjadi kŭpala, iya itulah Almasih.

16Maka deripadanyalah sŭgŭnap tuboh itu tŭrhubong bŭrsama sama dŭngan rapatnya, sŭrta tŭrlangkaplah dŭngan pŭrkara yang ditulong ulih tiap tiap sambongan, mŭnurot kwasa yang bŭrlaku dalam ukoran bahgian masing masing, iya itu mŭnjadi tambahan tuboh itu, akan mŭmbaiki dirinya itu dalam kasih.

17Maka sŭbab itulah aku bŭrkata ini, dan bŭrsaksi ulih Tuhan, supaya deripada masa ini kŭlak, jangan kamu bŭrlaku spŭrti klakuan orang sŭsat yang lain lain itu, dŭngan mŭnurotkan sia sia fikiran hatinya itu.

18Sŭbab ada gŭlap akalnya, dan sŭbab sudah bŭrchŭrie deripada hidop kŭrna Allah, mŭnurot kabŭbalan yang ada dalamnya ulih sŭbab tŭgar hatinya.

19Sŭbab hilanglah pŭrasaan hatinya, disŭrahkannya dirinya kapada hawa nafsu, akan bŭrbuat sagala kachŭmaran dŭngan glojohnya.

20Tŭtapi kamu ini bukannya diajarkan dŭmkian ulih Almasih.

21Jikalau kiranya kamu tŭlah mŭnŭngar pŭrkataannya, dan tŭlah diajarkan ulihnya, spŭrti kabŭnaran yang ada dalam Isa,

22Maka buanglah kamu klakuan yang dahulu, iya itu manusia lama itu, yang rosak adanya, ulih sŭbab kainginan kainginan pŭnipu adanya.

23Maka jadilah bahru tabiat akalmu itu.

24Dan pakiekanlah kamu akan manusia bahru itu, yang tŭlah dijadikan Allah bagie tuladannya dalam kabŭnaran, dan kasuchian yang sŭbŭnar bŭnarnya.

25Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭmbuangkan dusta itu, mŭlainkan bŭrtutorlah bŭnar masing masing pada samanya manusia: kŭrna kamilah juga mŭnjadi anggota diantara sa’orang dŭngan sa’orang.

26Bulihlah marah, tŭtapi janganlah bŭrdosa: janganlah kamu biarkan tinggal marahmu itu sampie masok mata hari.

27Janganlah pun mŭmbri tŭmpat akan fitnah iblis.

28Maka orang yang mŭnchuri itu janganlah iya mŭnchuri lagi: mŭlainkan tŭrlebih baik biarlah iya bŭrlŭlah, bŭkŭrja dŭngan tangannya akan pŭrkara yang baik, supaya iya dapat kŭlak mŭmbri kapada orang yang kakorangan.

29Maka janganlah kiranya kluar pŭrkataan kotor kotor deri mulot kamu, mŭlainkan yang baik akan mŭnjadi bŭrfiedah, supaya kŭlak mŭnyampiekan anugrah kapada orang yang mŭnŭngar itupun.

30Dan jangan kamu mŭndatangkan kadukaan bagie Roh Allah itu, kŭrna ulihnya itu kamu tŭlah dimutriekan sampie kapada hari tŭbusan.

31Jauhkanlah deripada kamu sagala kapahitan dan gram, dan amarah, dan bising, dan mŭngumpat, sŭrta dŭngan sagala kajahatan.

32Mŭlainkan bŭrkasih kasihanlah kamu sa’orang dŭngan sa’orang, bŭrhati lŭmbut, dan bŭrmaaflah sa’orang akan sa’orang, spŭrti tŭlah diampuni Allah akan kamu ulih sŭbab Almasih.



 <<  Efesus 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran