Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 17 >> 

1BURMULA adapun sagala purkara ini dikatakan ulih Isa, surta iya mungangkatkan matanya kulangit, lalu burkata, Ya Bapa, waktu tulah sampie; purmuliakanlah kiranya Anakmu, supaya Anakmu mumuliakan angkau:

2Sapurti angkau tulah mumbri kuasa padanya atas sagala manusia, supaya iya kurniakan hidop kukal kapada sagala orang yang tulah angkau anugrahkan kapadanya.

3Adapun inilah hidop yang kukal, iya itu dikunal orang angkaulah Allah yang asa dan bunar, dan lagi Isa Almasih, yang tulah angkau surohkan.

4Maka aku tulah purmuliakan dikau diatas bumi: dan tulah aku julaskan pukurjaan yang angkau surahkan kapadaku.

5Maka skarang, Ya Bapa, muliakanlah kiranya ulihmu akan daku ini dihaldratmu dungan kamulian yang aku tulah munaroh, surta dungan angkau dahulu deripada dunia ini jadi.

6Bahwa aku sudah munyatakan namamu kapada sagala yang tulah angkau kurniakan padaku deripada orang isi dunia: maka orang itu angkau ampunyai dia, maka sagala marika itu angkau kurniakan padaku; maka iyapun tulah mumliharakan purkataanmu.

7Maka skarang tulah dikutaui marika itu, adapun sagala purkara yang angkau tulah mumbri padaku iya itu deripadamu juga.

8Kurna sagala purkataan yang angkau bri kapadaku itu, sudahlah aku brikan kapada marika itu; maka marika itu tulah munurima sagala purkataan itu, dan taulah marika itu dungan sa'bunarnya, bahwa kadatanganku ini deripadamu, dan purchayalah marika itu bahwa angkaulah yang mumyuruhkan aku.

9Maka aku doakanlah akan marika itu: iya itu bukannya aku doakan orang isi dunia, mulainkan akan sagala orang yang angkau bri akan daku; kurna marika itu orangmu juga.

10Maka barang suatu yang aku punya itu angkau punya, dan barang suatu yang angkau punya itu aku punya; maka aku juga dimuliakan ulih marika itu.

11Maka aku ini tiada lagi dalam dunia, tutapi marika itu ada lagi, maka aku ini datang kapadamu. Ya Bapa yang kudus, pliharakanlah kiranya dungan subab namamu akan sagala orang yang tulah angkau kurniakan akan daku, supaya marika itu jadi suatu, sapurti kita ini ada suatu.

12Adapun slama aku ada bursama sama dungan marika itu didunia, maka aku tulah pliharakan marika itu dungan namamu: maka aku sudah pliharakan akan sagala orang yang pumbrianmu kapadaku, dan sa'orang pun tiada binasa deripada marika itu, hanya anak tumpas juga; supaya gunaplah purkataan kitab.

13Maka skarang aku datang kapadamu; maka aku tulah mungatakan sagala purkara ini didalam dunia, supaya kasukaannya padaku itupun kulak sampornalah adanya.

14Bahwa aku tulah mumbri tau purkataanmu pada marika itu; maka orang dunia ini mumbunchi akan marika itu, subab marika itu bukannya deripada dunia, sapurti aku ini bukannya deripada dunia.

15Bahwa bukannya aku minta biar angkau mungambil marika itu kluar deri dunia, mulainkan supaya angkau pliharakan marika itu deripada yang jahat.

16Maka bukannya marika itu deripada dunia, sapurti aku ini bukannya deri dunia.

17Maka suchikan apalah kiranya akan marika itu ulih kabunaranmu: kurna purkataanmu itulah kabunaran adanya.

18Adapun sapurti angkau tulah munyurohkan aku datang kadunia, maka dumkianlah juga aku pun tulah munyurohkan marika itu purgi kapada isi dunia.

19Adapun subab marika itu aku suchikan diriku, supaya marika itu disuchikan ulih bunar

20Bahwa tiada aku doakan marika itu sahja, mulainkan akan sagala orang yang nanti purchaya akan daku pun ulih pungajaran orang orang ini;

21Supaya samua jadi suatu juga; sapurti angkau, Ya Bapa, didalam aku, dan aku didalam angkau, dan supaya marika itu pun jadi suatu didalam kami: sahingga isi dunia purchaya bahwa angkau tulah munyurohkan aku.

22Maka aku tulah brikan pada marika itu kamulian yang tulah angkau kurniakan akan daku; supaya marika itu jadi suatu, sapurti kami ini suatu juga:

23Bahwa aku didalam marika itu, dan angkau didalam aku supaya marika itu jadi suatu dungan kasampornaan; dan supaya bulih dikutaui ulih isi dunia bahwa angkau tulah munyurohkan aku, surta mungasihi marika itu sapurti angkau tulah mungasihi aku.

24Ya Bapa, aku kahandaki supaya sagala orang yang tulah angkau kurniakan pada aku itu ada bursama sama ditumpat ada aku; supaya dilihat ulih marika itu kamulianku, yang angkau anugrahkan padaku: kurna angkau mungasihi aku dahulu deripada jadi dunia ini.

25Ya Bapa yang adil, bahwa isi dunia ini bulom mungunal dikau: tutapi aku mungunal angkau, dan orang orang inipun tau bahwa angkau tulah munyurohkan aku.

26Maka aku sudah nyatakan namamu pada marika itu, dan lagi aku akan munyatakan pula: supaya kasih yang tulah angkau mungasihi aku jadi didalam marika itu, dan aku inipun didalam marika itu juga.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran