Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 4 >> 

FATSAL IV.

1SŬBARMULA maka dimulainyalah pula mŭngajar ditŭpi tasik, maka disanalah ada bŭrhimpun tŭrlalu banyak bŭlatŭntara, maka masoklah iya kadalam sa’buah prahu, lalu dudok dalam tasik, maka skalian bŭlatŭntara itu pun adalah ditŭpi tasik didarat.

2Lalu diajarnyalah akan marika itu bŭbrapa pŭrkara dŭngan pŭrumpamaan, maka katanya pada marika itu dalam plajarannya,

3Dŭngarlah, bahwa sasungguhnya kluarlah sa’orang pŭnabor handak mŭnabor;

4Maka sŭtlah tŭngah ditabornya, ada sŭparoh yang jatoh ditŭpi jalan, maka datanglah mŭrgastua yang diudara mŭmakankan sampie habis.

5Dan lagi sŭparoh pula jatoh ditŭmpat yang bŭrbatu, yang tiada banyak tanahnya, maka dŭngan sŭbŭntar itu juga bŭrtumbohlah iya, kŭrna tanahnya itu tiada dalam;

6Tŭtapi apabila tinggilah matahari, hanguslah iya, ulih sŭbab tiada iya bŭrakar, layulah iya.

7Dan sŭparohnya pula jatohlah diantara duri duri, maka duri duri itu pun bŭrtumbohlah, dilŭmaskannya akan dia, jadilah tiada iya bŭrbuah.

8Dan yang lain pula jatohlah ditanah yang baik, maka bŭrbuahlah iya makin bŭrtambah tambah buahnya, ada yang tiga puloh, ada yang anam puloh, ada yang sa’ratus.

9Maka kata Isa kapada marika itu, Barang siapa yang ada bŭrtlinga akan mŭnŭngar, handaklah iya mŭnŭngar.

10Maka tŭtkala Isa sa’orang orang, sagala marika itu yang ada bŭrkliling dia, sŭrta dŭngan dua blas murid muridnya itu pun bŭrtanyalah akan dia deri hal pŭrumpamaan itu.

11Maka katanya kapada marika itu, Adapun kapada kamu tŭlah dikurniakan yang bulih mŭngtahui akan rahsia krajaan Allah itu, tŭtapi kapada orang orang luar itu, sagala pŭrkara ini dijadikan pŭrumpamaan.

12Yang mŭlihat itu, biarlah dilihatnya, tŭtapi tiada kŭnyataannya; dan yang mŭnŭngar biarlah didŭngarnya, tapi tiada mŭngarti; asal jangan kŭlak barang bila pun baik marika itu jadi bŭrubah, maka dosa dosanya akan diampuni bagienya.

13Maka bŭrkatalah iya kapada marika itu, Tiadakah kamu mŭngtahui akan pŭrumpamaan ini, maka bagimanakah kŭlak kamu bulih mŭngtahui akan sagala pŭrumpamaan pŭrumpamaan itu?

14Adapun pŭnabor itulah yang mŭnaborkan pŭrkataan itu.

15Maka inilah marika itu yang ada ditŭpi jalan itu, ditŭmpat pŭrkataan itu ditaborkan; tŭtapi apabila didŭngar ulih marika itu, maka dŭngan skutika itu juga datanglah shietan itu mŭngambil akan pŭrkataan yang tŭlah tŭrtabor dalam hati marika itu.

16Dŭmkian lagi bŭnih yang tŭlah ditabori ditanah yang bŭrbatu itu, maka apabila sudah didŭngar ulih marika itu akan pŭrkataan itu, skutika itu juga ditrimanya akan dia dŭngan suka chitanya;

17Maka sŭbab tiada bŭrakar dalam dirinya sŭndiri, iya bŭrtahan sahja sŭdikit waktu, kumdian apabila kŭlak datanglah kŭsusahan, atau annyaya ulih sŭbab pŭrkataan itu, maka dŭngan sŭgranya kŭlak marika itu mungkir.

18Adapun inilah dia marika itu yang ditabori diantara duri duri itu, spŭrti orang yang mŭnŭngar akan pŭrkataan itu;

19Maka ingatannya akan dunia ini, dan kainginannya akan kŭkayaan, dan nafsunya kapada pŭrkara yang lain itu masok kadalam hatinya, maka iya itu mŭlŭmaskan pŭrkataan itu, maka jadilah iya tiada bŭrbuah.

20Adapun inilah dia marika itu yang ditabori pada tanah yang baik itu, apabila didŭngarnya akan pŭrkataan itu, sŭrta ditrimanya dia, maka bŭrbuahlah iya, ada yang tiga puloh kali gandah, ada yang anam puloh kali gandah, ada yang sa’ratus.

21¶ Maka katanya kapada marika itu, Adakah orang mŭmasang dian dibubohkannya dia dibawah sukatan, atau dibawah tŭmpat tidor, tiada dibubohkannya dikaki dian?

22Kŭrna suatu jua pun tiada yang tŭrsŭmbunyi, yang tiada akan dinyatakan; baik barang suatu rahsia yang tŭlah ditaroh, mŭlainkan iya itu kŭlak akan tŭrmashor.

23Jikalau kiranya barang orang yang ada bŭrtlinga akan mŭnŭngar, handaklah iya mŭnŭngar.

24Maka katanya kapada marika itu, Ingatlah barang apa yang kamu dŭngar, dŭngan sukatan apa yang kamu sukat itu juga akan disukatkan akan dikau, dan kapada orang yang mŭnŭngar itu, iya itu akan dikurniakan lebih.

25Pada barang siapa yang ada, kapadanyalah juga itu akan dibri, dan pada orang yang tiada, deripadanya itu kŭlak akan diambil mŭski pun apa yang ada kapadanya pun.

26¶ Maka katanya, Dŭmkianlah adanya krajaan Allah itu spŭrti sa’orang yang mŭnabor bŭnih ditanah itu.

27Jikalau tidor kŭlak, dan bangun siang malam, bŭnih itu pun kŭlak bŭrtumboh, tapi tiada iya tahu bagimanakah.

28Kŭrna bumi itu mŭndatangkan buah sŭndiri dirinya, mula mula batang, kumdian slupat, akhirnya tŭrbit buah deripada slupat itu.

29Tŭtapi apabila tŭrbitlah buahnya, maka dŭngan skutika itu juga disabitlah ulih si-pŭnabor, kŭrna musim mŭnuwie itu tŭlah sampielah.

30¶ Maka katanya, Dŭngan apakah handak kusamakan akan krajaan Allah ini, atau dŭngan bandingan yang manakah handak kubandingkan akan dia itu.

31Iya itu spŭrti sa’biji bŭnih sŭsawi, maka apabila ditanamkan dia dibumi, maka iya tŭrlebih kŭchil adanya deri antara sagala bŭnih yang dibumi ini.

32Akan tŭtapi apabila iya tŭlah ditanamkan, maka bŭrtumbohlah iya, mŭnjadilah iya tŭrlebih bŭsar deripada sagala sayur sayuran, maka kluarlah pŭlŭpanya yang bŭsar bŭsar, sampielah mŭrgŭstua yang diudara itu bulih bŭrtŭdoh dibawah nawangnya.

33Maka adalah iya bŭrkata kapada marika itu dŭngan umpamaan umpamaan yang dŭmkian ini sŭbrapa yang bulih didŭngar ulih marika itu.

34Tŭtapi tiadalah iya bŭrchakap kapada marika itu lain deripada pŭrumpamaan; maka apabila Isa sŭrta murid muridnya itu bŭrsunyi sunyi, maka dinyatakannyalah sagala pŭrkara itu kapada marika itu.

35Maka pada pŭtang hari itu juga bŭrkatalah Isa kapada marika itu, Marilah kita mŭnyŭbrang kasŭbrang sana.

36Maka sŭtlah sudah disurohkannya pulang bŭlatantara itu, maka dibawalah ulih murid murid Isa akan dia, lagi ada iya dalam pŭrahu juga, dan ada pula bŭsŭrta dŭngan dia pŭrahu pŭrahu kŭchil yang lain.

37Maka pada masa itu turonlah ribot yang bŭsar, maka ombaknya pun mŭmukol sampie kadalam pŭrahu pŭrahu itu pun pŭnohlah ayer.

38Maka Isa adalah tidor diburitan pŭrahu itu, lalu dibangunkan ulih marika itu akan dia, katanya kapadanya, Tuhan, tiadakah angkau indahkan, bahwa kami ini akan binasa?

39Maka bangunlah iya, sŭrta ditŭngkingkannya akan angin itu, sŭrta bŭrkata kapada tasik itu, Diamlah angkau; maka angin itu pun bŭrhŭntilah, sŭrta tŭdoh bŭsarlah skali.

40Maka katanya kapada marika itu, Mŭngapakah angkau bŭgitu takot? bagimanakah angkau itu tiada bŭriman?

41Maka kŭtakotanlah marika itu tŭrlalu sangat, bŭrkata sa’orang dŭngan sa’orang, Apa macham orang ini, angin dan tasik itu pun mŭnurot prentahnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran