Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 135 >> 

1Pujilah TUHAN!Pujilah nama TUHAN; pujilah Dia, hai kamu hamba-hamba TUHAN,

2kamu yang berdiri di rumah TUHAN, di balai-balai rumah Allah Tuhan kita.

3Pujilah TUHAN, kerana kebaikan-Nya; nyanyikan pujian untuk nama-Nya, kerana sungguh menyenangkan.

4Kerana TUHAN telah memilih Yakub untuk diri-Nya, Israel untuk kesayangan-Nya yang istimewa.

5Kerana aku tahu bahawa TUHAN Maha Besar, dan TUHAN kita di atas semua tuhan.

6Apa sahaja yang TUHAN berkenan, dilakukan-Nya, di syurga dan di bumi, di lautan dan di semua tempat yang dalam.

7Dia membuat wap naik dari semua pelosok bumi; Dia menghantar kilat bersama hujan Dia mengeluarkan angin daripada perbendaharaan-Nya.

8Dia memusnahkan anak sulung Mesir, baik manusia mahupun binatang.

9Dia menghantar alamat dan keajaiban ke kalanganmu, hai Mesir, ke atas Firaun dan semua hambanya.

10Dia mengalahkan banyak bangsa dan membunuh raja-raja perkasa

11Sihon raja bangsa Amori, Og raja Bashan dan semua kerajaan di Kanaan

12lalu memberikan tanah mereka sebagai warisan, warisan kepada umat-Nya Israel.

13Nama-Mu, Ya TUHAN, kekal selama-lamanya, kemasyhuran-Mu, Ya TUHAN, turun-temurun zaman-berzaman.

14Kerana TUHAN akan menghakimi umat-Nya dan Dia akan berbelas kasih ke atas hamba-hamba-Nya.

15Berhala bangsa-bangsa diperbuat daripada perak dan emas, hasil pertukangan tangan manusia.

16Ia ada mulut, tetapi tidak berkata-kata, ada mata tetapi tidak melihat;

17ia ada telinga, tetapi tidak mendengar, dan tiada nafas di mulutnya.

18Orang yang membuatnya serupalah dengannya, demikian juga setiap orang yang menyandarkan kepercayaan kepadanya.

19Pujilah TUHAN, hai kaum Israel; Pujilah TUHAN, hai kaum Harun;

20Pujilah TUHAN, hai kaum Levi; kamu yang takut akan TUHAN, pujilah TUHAN.

21Pujilah TUHAN dari Sion, yang tinggal di Baitulmaqdis.Pujilah TUHAN!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 135 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel