1Mazmur Daud. Nyanyian. Untuk dedikasi tempat beribadat. Aku akan memuji-Mu, Ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan seteruku bergembira menumpaskan aku.
2Ya Allah, Ya TUHANku, aku telah berseru kepada-Mulalu Engkau menyembuhkan aku.
3Ya TUHAN, Engkau telah membawa nyawaku keluar dari kubur; Engkau telah melanjutkan usiaku supaya aku tidak masuk ke lubang maut.
4Nyanyikanlah puji-pujian kepada TUHAN, wahai umat-Nya yang warak; dan bersyukurlah mengingati nama-Nya yang suci.
5Kerana kemurkaan-Nya cuma sebentar, keredaan-Nya sepanjang kehidupan kekal;tangisan mungkin berlangsung semalaman, tetapi kegembiraan muncul sewaktu pagi.
6Ketika aku berjaya aku berkata, ‘Aku tidak akan goyah.’
7TUHAN, dengan keredaan-Mu, Engkau mengukuhkan gunungku;dulu ketika Engkau menyembunyikan wajah-Mu, aku berasa bimbang.
8Aku telah berseru kepada-Mu, Ya TUHAN; dan kepada-Mu aku telah merayu:
9‘Apakah gunanya jika darahku tertumpah, dan aku masuk ke kubur?Adakah debu akan memuji-Mu? dan mengisytiharkan kesetiaan-Mu?
10Dengarlah, Ya TUHAN, dan kasihanilah aku; Ya TUHAN, tolonglah aku.’
11Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan,
12supaya aku menyanyikan puji-pujian untuk-Mu sepanjang masa. Ya Allah, Ya TUHANku, aku akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.